Ahad, 23 Disember 2012

Makanan oh makanan

Hahaha..
Sekarang sibuk orang dok buat crepe durian, kebetulan durian ada kat rumah ibu pe lagi, cakap dgn ayah yang ibu nk buat crepe ayah ok je...jumaat tu ibu buat la crepe durian, resepi ibu search kat internet, pe susah..hehehe ni la gambar crepe durian ibu..


 Yang bawah ni plak, Dhiya tido ibu dgn ayah main-main masak...jum tgk makanan kami "dinner" hehe



dan yang ni adalah lempeng sardin..hehe..ayah yg gorengkan lempeng tu, tolong ibu sbb ibu xpandai..hehe

Dhiya suka berkawan


Assalamualaikum wbt..

Jum mencatat kat blog jap...hehe.Semalam 22.12.12 Ayah. Ibu dan Dhiya balik Kg ada kenduri untuk anak ayah teh.Anak kedua ayah teh, mana Ahmad Asyraf A’imullah.Kenduri hari sabtu, dan kita balik hari sabtu sampai kg pukul 11.45 pg. Kita bukan balik lenggang tangan koson, kita balik ada gak la bawak makanan sikit, dah la balik lewat tangan kosong lak segan la ibu dan ayah.

                Malam tu ibu masak agar-agar cendol, Alhamdulillah jadi la walaupun bukan makan chef @ orang yang lama masak, at least ibu ada gak nak mencuba kan, walaupun sebelum ni ibu xpenah buat agar-agar.Dhiya tau x, iu kekadang terasa hati dengan ayah, ayah bukan nak puji, ibu bukan nak ayah puji tapi jangan la ayah bandingkan masakan ibu dengan family belah ayah..Dorang mmg terror bab masak.Ada ke patut ayah bandingkan dengan embah idok buat. Sentap ibu dgn ayah, tp ibu nijenis pendam biarkan je la..

                Bukan agar-agar cendol je tau ibu masak,  otw ayah singgah belikan buat tembikai..ibu juga create kek...hehe.Sayang whipping cream ada, dari rosak gitu aje baik ibu buat sesuatu dengan whipping cream..Search punya search dapat la idea ibu...ibu buat kek..hahahaha..nk gelak pun ada.Malam tu ibbu pun men”deco”kan kek..haha.Silap ibu la, ibu p putar krim tu masa tengah keras.patutnya tunggu krim tu cair ckit.Pe2 pun gasaklah...malas ibu nak pk..

                Sampai kat kg, Alhamdulillah semua yang hbs..kek yang ibu “deco” makcik n pakcik dhiya xpuas makan.Sebab ibu buat krim kurang manis+kurang lemak dan ada banyak buah peach dan juga kiwi.hehe..xsia-sia ibu buat.Harapan ibu, semoga pas ni jd yang terbaik dari ni..ayah..malas ibu pk..lantak la..ayahkan suka kondem ibu, bukan nk bg semangat.Ibu xsama cm family ayah yang pandai bab memasak ni.Sebab tu ibu malas nak masak, sbb ayah suka kondem bkn bg semangat.kenduri semalam ada la dessert..hehe

                Ala...gambar itu terlupa nak snap..ermm, xpe la tgk gambar adik ngn sepupu2 adik dan kwn2 adik la...yang xde dalam gambar abg haikal, kakak balqis dan arif..dorang balik awal lagi..Ibu nak balik, tp tok ma ckp dh nak balik ker...ibu pun buat lambat-lambat la balik..hehe..

                Hari kamis ni kita balik Kajang untuk last, sbb pas ni kita akan balik ipoh je..





nak amik makanan jiran sebelah


Ibu rindukan adik setiap masa



  




      

Rabu, 19 Disember 2012

Gelagat Dhiya


Assalamualaikum...
Allahuakbar..

Pejam celik pejam celik dah genap 1 tahun anak ayah dan ibu...cepatnya masa berlalu..macam2 gelagat anak ibu.hehe..Tapi ayah dan ibu bersyukur sangat sebab Dhiya Firas Qistina anak yang baik dan cerdik.Sejak dari lahir sampai genap 1 tahun Dhiya tidak pernah menyusahkan ayah dan ibu, dan kami tidak pernah merungut dengan sikap kerenah anak ayah dan ibu Dhiya firas Qistina yang comel.

Dhiya, kekadang bila anak ayah dan ibu tido aal, kami rindu untuk bermain dengan Dhiya.Terasa sunyi je kalo anak ayah dan ibu tido awal. Pernah satu hari tu, pukul 7pm dhiya tido, tinggal ibu sorang2..Ibu cuba kejutkan Dhiya, tapi Dhiya marah-marah sebab nak tido.Ibu masuk Dhiya dalam buai, ayah balik tengok Dhiya tido, ayah kejut, pun sama xberubah.masih tido.Pukul 9 ibu kejut agi..Dhiya mengamuk sebab kami ganggu Dhiya tido.Cian anak ibu.Ibu dah risau2 kenapa Dhiya tido lena sangat, mcm orang kepenatan.

Dhiya, anak ayah dan ibu, kami seronok tengok Dhiya, membesar dengan sihat.16.12.12 Dhiya dibawa ke klinik ibu dan anak untuk suntikan 1 tahun.Alhadulillah suntikan itu tidak membuatkan Dhiya Firas Qistina anak yang baik ni menanggis.malah selepas itu boleh tersenyum lagi kat ayah yang sedang menunggu diluar bilik rawatan.Hehe..good girl syg ibu ni..

Jum layan gambar anak ibu...

Dhiya sedang bermain selepas balik dari umah cik pah

Ayah suapkan dhiya aiskrim balik keje, sambil tgk kucing dan  dhiya semasa di majlis pertandingan kucing ..

Dhiya tolak basikal dari rumah cik pah sampai la rumah...hehe

Khamis, 13 Disember 2012

Hadiah perkahwinan


Hai
Assalamualaikum

Ntah kenapa dah rasa bosan je nak update status kat FB..huhu.Nak coret-coret kat sini je. Lum tu, ni penat tak hilang lagi, baru balik p Tupperware. Beli bekas mini bowl untuk buat hadiah kawan kawin. Beli 3 set..apa lagi banyak tu 6kotak.Tak apa boleh simpankan...huhuhu.

Frust la jugak sebab tak dapat nak pergi Gua Musang, kenduri kawin Zarina dan Nizam. Rasa terkilan la jugak sebab masa kenduri ibu Mc Na datang..nak buat macam manakan sudah ditakdirkan tak ada rezeki ibu nak pergi kenduri.Hari sabtu ni kitorang ada pertandingan bowling anjuran Tabung Haji untuk penyewa-penyewa bangunan dorg. So ibu pun join la...kat pejabat ni yang join   Abe Din, Abe Wi dan Mok Ja...hehe.

Ingat nak la pergi kenduri, tapi memang dah tertulis kan...xpe lah nak buat macam mana...esok dah sms en suami ajak en.suami pergi kb.Nak pergi RPH dan mintak sapa2 yang pergi tolong sampaikan hadiah yang comel lote ni kat Mc Na.Harap jadi la esok.hehe.

Alhamdulillah ibu pergi beli Tupperware tadi, kalo tidakkk...ujan dah turun.Dah nak banjir ke kita ni...eh..bukan ker Kelantan bulan 10, 11 dan 12 ker banjir.Hari ni dah 13.12.12 la...Semua tu Allah dah tentukan.Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Allahuakbar.Mungkin selepas ini la kot.

Berbalik pada hadiah, ibu tak tahu nak bagi hadah apa kat kawan kawen, so ibu rasa la baik ibu beli Tupperware biar la mini bowl pun yang pasti niat ibu nak bagi hadiah sempena orang kawen.Mahal murah ibu tak malu nak bagi yang pasti nawaitu tu..Pas ni sapa2 kawan ibu @ ayah yang nak kawen ibu nak bagi mini bowl ni lah..banyak ibu beli ni...hehe.Bukan apa nak beli yang mahal sangat ibu xmampu la sayang...yang ni je ibu termampu.

ni lah gambar mini bowl..


Ibu dah siap wrapping hadiah ni, kad pun ibu dah siapkan...ibu buat kad sendiri je...ibukan suka buat kad sendiri..tak cantik pada pandangan orang lain tak apa, yang penting kepuasan ibu.bila dapat buat sendiri ibu puas hati sangat2..lalala..

Huhu..oklah nak g solat dah..tatatata...titit.tututu..

Rabu, 12 Disember 2012

My Hubby tersayang


Assalamualaikum
Hai

                     Asyik tulis anak je, suami xde pun kan...ahaks..

                Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab aku dikurniakan seorang suami, sahabat suka duka, dan seorang ayah kepada anakku Dhiya Firas Qistina.En Mohd Firdaus Bin Haironi adalah ketua keluargaku..Suamiku ni seorang yang rajin, rajin dalam semua segi termasuklah dalam mengemas rumah, memasak dll.Ringan sikit aku..Syukur sesangat..Alhamdulillah...thank you Allah.
               
                Suamiku seorang yang romantik..**mcm mana romatiknya..??**biarlah rahsia..ahaks..ngada2 la ibu dhiya nikan..??Tiada lelaki lain yang lebih hensem dimata dan dihatiku melainkan suamiku yang tercinta..Kekadang aku saje je buat2 puji lelaki lain hensem biasanya  aaroz aziz la..lalala..tapi hensem aaron aziz tak sama dengan hensem suami.Suamiku lagi hensem..
               
                “Eleh, puji laki sdr, laki ko gemuk?”Mesti ada yang cakap cengitukan...Hey, korang sesedap mulut kutuk laki aku kenapa?? gemuk2 suami aku pun kami tak pernah menyusahkan korangkan...?? Biarlah apa orang nak cakap sekali pun, tapi dimataku dan dihatiku Suami tetap No.1. Paras rupa bukan segala-galanya bagi aku.Kekadang suami sendiri pun ada cakap mesti orang akan cakap “laki dia gemuk, dia cantik, xsesuai langsung”...Pedulikan orang kata, nak puaskan hati semua orang xdapat la..Allah dah buat yang terbaik, Allah dh tentukan jodoh kita.dan tidak sedikit pun terdetik dihati ni “cantiknya aku ni, xsesuai dgn suamiku” tidakkk..tidakkk sama sekali sbb bg aku, sesorang yang cantik tu mesti cantik dari semua segi bukan sekadar paras rupa.Bukan luaran je tapi dalaman tu yang lagi penting.
               
                Apa yang ibu merepek ni, ntah la saje bosan-bosan dan tengah rindukan ayah dan Dhiya.hehe.Alhamdulillah aku ada sebuah keluarga yang lengkap, suami +isteri+ anak dan insyaallah doa-doakan semoga kami diberi rezeki anak lagi selepas ini.Insya Allah.

Dhiya, ibu dan ayah

P/S; Ayah, kalo baca jangan kecik hati tau, sebab ibu sayang ayah sangat2..ibu bertuah sebab aku dijodohkan dengan ayah. I love you ayah..
            Maafkan ibu jika ada tersilap 
Ampunkan ibu jika ada tersalah
Ibu mohon keredhaan dari suami ibu
Halalkan makan minum ibu
love u forever
sayang Dhiya  jugaa..

Merepek


Assalmualaikum..
Hai
Rajin conteng blog..hari-hari ada je benda yang dipos...hahaha..Sebenarnya malas tapi blog nikan tempat aku luahkan suka, duka,macam-macam lagilah..kalo menyampah baca blog aku kenapa baca..aku tak suruh pun kan...hehe..**kasarnya bahasakan??**.

            Ni time rehat, semua orang dah keluar.Ke mana tak tahu la...lantak dorang la nak p mana pun.Janji dorang xkacau aku.hehe. Aku dah kenyang Alhamdulillah sebab bawak bekal.Masa untuk puteri terchinta sekali la bawak, jimat ongkos, jimat tenaga turun naik tangga, jimat semuanya la kalo ada perkataan MALAS..uitsss sape la rajin naik turun tangga chekk oii..Bekal dpt lak isi perut aku untuk pagi dan petang walaupun tak sesedap orang lain, tapi apa yang anak aku makan itulah aku makan.

            Ni aku tak macam mana aku nak buat lagi, aku rasa dah bosan yang teramat keje kat sini, ni tempat sekarang ni, ni la tempat la ni...tak tahu la...mungkin persekitaran ke??sebab sini memang xde boss yang tetap ke?kakitangan kak sini yang ....xtahu nk cakap, masing2 dgn perangai masing2 termasuklah aku..hehe.Dorang sume ni ok je..xde mendatangkan masalah pada aku pun.
..
            Aku tengah pening sebab nak kena buat failing balik..sume nombor2 fail kena ubah.Memang kalo tengok dan baca senangkan but nak men”create”kan sesuatu supaya menjadi tu yang payah.Bukan apa sebab bukan untuk aku sorang tapi untuk satu pejabat..Wallah, nak bgtau ko org penting ker??ahaks..xde la tapi disebabkan aku ni yang handle fail2 sume.So aku nk “create”kan fail2 ni supaya mudah, cepat dan tepat kalo ada sape2 cari, xgitu kome..

            Bila buat sikit aku dah pening2 lalat, pe lagi aku hilangkan stress dgn bolg la..ubah benda tu ubah benda ni...jd apa pun aku tak tahu..lalala.

            Ok la, aku nak p solat lu, jap lagi nak sambung buat kerja2 yang tergendala gara-gara pening kepala tgk nomnor..huhu **i don’t like number**why not la pening..huhu..poyos....

OK tata titu

Sayang Mohd Firdaus Bin Haironi
Sayang Dhiya Firas Qistina bt Mohd Firdaus.

Selasa, 11 Disember 2012

Dhiya semalam dan hari ini



Menu Dhiya hari ni ialah sarapan pagi Makaroni goring, tengahari sup bening lobak merah, nasi putih dan ayam goreng.hehe. Saje je masak macaroni untuk Dhiya buat sarapan. Ala makaroni masak simple sangat-sangat.
Resepi makaroni yang ibu masak untuk anak ibu
-          Bawang putih
-          Bawang Merah
-          Sedikit kiub knorr (perisa ayam)
-          Makaroni (ibu rebus bg lembut pastu tos..) hehe..


nilah makaroni goreng Dhiya..hehe

Sementara ibu bersiap-siap nak pergi kerja, ayah suapkan sikit makaroni tu, adik makan dengan berselera. Pastu adik buat2 baring sebab adik tau yang adik aka n dihantar ke rumah cik pah. Ibu dan ayah keje la sayang, xmau la adik xnak p umah cik pah..syg anak  ibu.
            Semalam lak, ibu p ambil adik dengan basikal, sebab kemarin adik tak nak balik naik kereta. So ibu pun balik rumah hantar kete, tolak basikal adik.Adik pun tak sabar nak balik sebab nak tolak basikal, yang best adik tolak basikal, dan lalu depan rumah cik ani, ramai kengkawan panggil adik.Adik pun terpacak kat situ, nk bertegur dgn kawan2.ibu paksa adik balik.Sampai kat junction adik nmpk lg ramai budak kat hujung sana, adik xnak balik, nk pergi tempat dorang, last ibu dukung adik.hehe.Ibu penat syg, kita balik rehat ekk.
            Petangnya dalam kol 6.15 ibu bawak adik pusing2 kat rumah cik ayu, sbb adik bosan so ayah suggest ibu bawak adik pusing2. Ibu bukan xnak pusing2 dik, tetapi ibu baru balik keje, kkdg ibu nak rehat..dan yang penting ibu malas nak jumpa cik piza.Sbb cik piza ni astro kat taman situ.Sume cite dia ada.Yang xbest dia suka bercerita apasal keluarga suaminya.Tu yang ibu bosan  nak dgr, bkn yg baik2 yang xbaik dia cite.
            Ayah sampai rumah pukul  7.45 mlm, pas solat maghrib kita sekeluarga keluar makan.Ayah belanja sempena besday adik semalam.Semalam xkeluar sebab ayah nak tgk bola Malaysia vs Thailand.hehe.ibu bkn malas masak tau, tp ayah yg mmg nk belanja..huhu
 

p/s: Ibu nak adik tau yang ibu dan ayah sayang sangat kat adik...



Dhiya dan makanan


          Dhiya diperkenalkan dengan makanan pejal diusia 6 bulan.Ibu dan ayah bg, tapi masa Dhiya under cik pah  ibu tak pasti..hehe.Pagi2 ibu bangun seawal pagi pukul 5.00 pagi dan kekadang pukul 5.30 pagi dan ada juga 6.00 pagi untuk sediakan makan Dhiya. Hantar umah pengasuh, xkan masak juga???Ok!! tu mungkin sesetengah orang la kan...pada dia mungkin anaknya akan makan apa yang ada kat rumah pengasuh.Tapi tidak pada ibu.Ibu nak yang terbaik untuk anak ibu, so biarlah ibu berkorban waktu tidur ibu untuk anak kesayangan ibu. Mana x berkorban sayang, kkdg pukul 5pagi, alangkah bestnya la hai kalo tido, baru nak peluk ayah, jam dh bunyi..kena bgn.hehe.

            Pagi2 ibu  akan masak bubur nasi +kurma+ikan bilis+buah kismis dan kkdg bubur nasi+carrot+bayam+kentang dan macam-macam lagi yang agak terbaik untuk anak ibu. Tukar-tukar menu.Sampai satu tahap ibu blurr...nak masak apa untuk anak ibu. Makanan kegemaran anak ibu buat masa ni ialah nasi +sup ayam, n pe2 lah janji sup..hehe.

            Sup ayam, Sup ikan merah, ikan merah goreng, sup sawi berkicap ibu masak untuk Dhiya.last2 ibu buntu apa lagi yang anak ibu boleh makan.So pagi ni, ibu masak sup telur untuk anak ibu..harapan ibu semoga anak ibu makan la sup telur tu ya. hehe.Ada juga yang ibu xmasak, tapi ayah belikan nasi @ kuih untuk anak ayah dan ibu makan bila kat umah cik pah.Tidak mengharapkan Dhiya makan kat rumah cikpah je.Iya la..ibu tau anak ibu ni kuat makan, so ibu kena la pandai2..Oppss..ibu juga ada bekalkan Dhiya dengan biskut tiger dan kekadang biskut marie dan ada juga kek pe ntah.Dhiya suka kek tu..hehe.

            Ibu xnak la..nnt ada bunyi2 kat belakang, hantar anak aje, dah tau anak ni jenis suka makan, xde pun bekal untuk anak”..kolot ke ibu  pk cm tu syg”.sebelum org bunyi baik ibu jd org yang kolotkan..he.Manusia xsama kan syg.Ibu nak anak ibu dpt rasa makanan dari air tangan ibu walaupun jarang2..xde la mentang2 la dua2 keje sampai xsempat nak masak untuk anak..tidakkk...ibu akan masak untuk anak ibu walaupun simple macam mana pun selagi kudrat 4kerat ni larat.
Ibu nak anak ibu jadi sihat, cerdik, bijak dan sebagainya.Ibu masak denga penuh kasih sayang, tidak sedikit pun ibu mencemuh.Harap2 anak ibu makan dengan kenyang dan berselera..

Sebelum makan jangan lupa baca doa makan iya sayang.
Ibu sayang ayah dan ibu juga syg Dhiya...

Ayah dan Dhiya adalah nafas ibu.

Isnin, 10 Disember 2012

Sembelit


Pernah tak korang sembelit..sesapa yang pernah sembelit akan tau macam mana sakitnya sembelit.Terutama ibu-ibu yang mengandung dan selepas bersalin.Bapak- bapak tau tak?? Pasti tak tahukan keadaan ibu mengandung.Bukan setakat bawa budak je, tapi masa nk “membuang” pun jd masalah gak tau.

Mengapakah saya sering sembelit ketika hamil?

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Apakah yang boleh saya lakukan mengenainya?
Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu:

·         Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman.
·         Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.
·         Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.
·         Bersenam! Berjalanberenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.

Jika anda mengambil suplemen pranatal yang mengandungi zat besi, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh 
didapati di pasaran tanpa
mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil.

Adakah sembelit semasa hamil boleh menjadi masalah yang serius?
Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika ia berlarutan, maklumkanlah kepada doktor anda.

Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan 
buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.
nak tau lebih lanjut bolehlah
KLIK DISINI dan SINI

Saje tulis-tulis



            Semalam aku tak tahu kenapa rasa malas menebal dalam diri.Mungkin cuaca yang panas membuatkan aku malas, jadi letih dan rasa mengantuk terus kepala jadi pusing-pusing.Dah lama kepala ni jadi pening-pening lalat. Bila ditahap bosan ni aku pun tak tahu nak buat apa, semua yang aku buat tidak kena.Last-last aku buka blog...edit blog  untuk 9.12.12 kan genap Dhiya Firas Qistina 1 tahun.

                Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga, Allah panjangkan usia kami anak beranak, genap sudah Dhiya Firas Qistina 1 tahun.Allahuakbar, cptnya masa berlalukan, pantas sgt.Hadiah besday Dhiya untuk kami adalah gigi..hehe..Dhiya tumbuh gigi pertama hari  jumaat, dalam pukul 5.40 lebih kurang la...tumbuh gigi 2 hari sebelum besday girl.Hari yang sama Dhiya melihat dunia, hari jumaat hari segala hari, iaitu penghulu hari.

                Terima kasih pada yang wish besday Dhiya, InsyaAllah doa kalian harap2 dimakbulkan supaya Dhiya menjadi anak yang solehah, baik, dan doa kalian yang baik2 tu..hehe..

                Oklah, dh dah xde apa yang coret-coret kat sini, sampai disini dululah...nak p Melaka blog orang lain jap...ibu Dhiya kan suka membac.Kalo boleh semua blog nak dibuka..hehe.Tp tidak pada yang tak elok la..exp: blog lucah ker..ehh ada ker blog lucah...mesti ada kan, berjuta2 orang yang lebig berblog..Ibu Dhiya buka blog saje2 je...sebagai Diary hidup..Iya la kkdg, semua orang sibuk, xde masa nk melayan kerenah kita nak bercerita, nak berkongsi apa..so kat sinilah ibu Dhiya akan bercerita.Sapa2 nak baca baca la..xkisah pun, ..huhu..
Ok la...tataa....

Ahad, 9 Disember 2012

Coretan Ibu Dhiya: Persiapan untuk hari lahir Dhiya 9.12.12

Coretan Ibu Dhiya: Persiapan untuk hari lahir Dhiya 9.12.12: Allahuakbar.. Subhanallah.. Alhamdulillah..      Pejam celik pejam celik dah genap 1 tahun Dhiya..Terharunya ibu dan ayah.. ...

Bersama GCP Gold Jewellery

     Kali ini aku nak bercerita pasal emas.Aku puas fikir punya fikir, last dapat la aku cari tempat beli emas yang orang melayu punya syarikat. Syarikat GCP Gold Jewellery. Setelah aku usha semuanya dan aku tertarik dengan  GCP Gold Jewellery...

     Aku pun buat lah pembelian dengan  GCP Gold Jewellery...aku beli Dinar, emas 1kg, Silver...Aku berdaftar dengan  GCP Gold Jewellery..bukan pe untuk kegunaan diri sendiri dan masa depan yang tak tahu lagi macam mana kan...

    Oleh yang demikian, (ceh wah ayat...lalala) aku pun nekad untuk simpan dinar dan dirham...mengikut Abu Bakar Ibn Abi Maryam  bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

aku pun join la dengan GCP Gold Jewellery tapi bukan secara full time, sebab niat aku hanya untuk beli emas murah je..nak tau keterangan lanjut pasal GCP Gold Jewellery klik disini

Sekian dulu entry pasal emas.tak ada apa yang na tulis pun..hehe..

Persiapan untuk hari lahir Dhiya 9.12.12


Allahuakbar..
Subhanallah..
Alhamdulillah..

     Pejam celik pejam celik dah genap 1 tahun Dhiya..Terharunya ibu dan ayah..

     Sayang anak ayah dan ibu. Maafkan ibu sayang sebab ayah dan ibu sambut Besday adik bukan dengan majlis besar-besaran.Harap anak ibu faham.Adik masih kecil bagi ayah dan ibu, walaupun adik terasa adik dah besar.Adik belum pandai nak potong kek, nak bermain dengan kawan-kawan.Kang seronok kalo buat majlis bila adik dah besar, dah pandai segala-galanya.Hati ibu dan ayah pun seronok.

     Tapi bukan ayah dan ibu xsambut besday Dhiya, kami sambut cuma bukan besar-besaran cam ibu cakap tadi la...kami sediakan "goodies" untuk kawan-kawan pejabat ayah dan ibu, serta jiran tetangga.Cara tu je yang kami boleh buat, janji kita sekeluarga hepi kan sayang.

     Doa ayah dan ibu untuk anak ibu ni. esok dah besar jdlah orang yang berguna pada agama,keluarga, bangsa dan negara.Jadilah kakak yang terbaik buat adik-adik.Kami selalu mendoakan yang terbaik buat anak ibu yang tersayang.Andaikata umur ibu tak panjang, Ibu nak sangat anak ibu jadi anak yang solehah.Ibu tiada harta untuk anak ibu, tapi ibu mengharapkan doa dari anak ibu yang sangat comel ni untuk ibu buat bekalan.

     Dhiya, ni ibu sertakan gambar-gambar persiapan "goodies" yang ibu dan ayah bagi kat kawan-kawan pejabat.Ibu dan ayah buat sendiri a-z tau sayang..ini aje yang termampu ibudan ayah sediakan untuk Dhiya Firas Qistina..
inilah "goodies" ibu dan ayah sediakan sempena Dhiya 1Thn..

ank yang cerdik dan bijak

Perkembangan Anak ibu

Assalamualaikum..
Harap sihat hendaknya

Maha suci Allah yang berkehendakkan sesuatu itu terjadi...KUN FAYAKUN..Dhiya dah tumbuh gigi sebatang, soronoknya ibu dan ayah.
Petang jumaat, 7.12.12, Dhiya tgh lepak dgn ayah sambil minum susu Dutch Lady Strawberi.Ibu tengah siapkan crepe durian dalam dapur.Ya la femes crepe durian skrg ni, ibu pun nk lak buat jugak..xmau lepas peluang..huhu..Alhamdulillah jadi crepe durian ibu..nntlah gambar ibu masukkan..hehe.
Tetiba ayah panggil ibu, tergesa2 ibu keluar ingatkan ada apa..rupanya ayah nampak gigi dhiya dah tumbuh belah atas.Syukur alhamdulillah.
Dengan rasa gembiranya ibu tengok dhiya dh makin membesar.hehe..
Petang tu jugak dhiya bermain basikal dengan ayah, dhiya tak mau naik, tapi nak tolak basikal tu.gambar tu nnt ibu masukkan untuk dhiya tengok bila dhiya dah besar nanti..pas tu ibu bawa dhiya pusing2 taman.Dhiya tolak basikal...xletih anak ibu..hehe


Khamis, 6 Disember 2012

Sambungan Bulan Nov..part 2

Assalamualaikum..
Bersambung kembali yea...

Pagi keesokan harinya kami bertolak ke Ayer Keroh.Disana kami p melawat Zoo Melaka, pusing2 dalam zoo.Ada binatang yang Dhiya tgk dan ada yang tak..Dhiya kepenatan meragam la ckit. Nak didukung, xnak duduk dalam stroller...anak ibu, nape dera ibu sayang...Lebih Kurang 1jam 30 minit kami kat dalam zoo, kami pun beredar p makan tengahari.Tempat makan  tak tahu kat mana.hehe.. Pas makan kami pun bertolak balik hotel Hang Tuah City Hotel.Bilik ok, patutan la dengan harga.Ptg tu kami keluar ke Menara Taming Sari, ayah sakit kaki sempat lal "mengurut"kaki kat menara taming sari.

Kami bermalam di hotel,pagi2 kami dah bertolak balik...Dh selesai pergembaraan kami ke Melaka rombongan Pejabat ayah.

Disertakan gambar yang tak seberapa..hehehe





Rabu, 28 November 2012

Cik P

SubhanaAllah, MAHA SUCI ALLAH..
28.11.2012  - Setelah sekian lama tidak bersama cik P..rini cik P muncul..seingat aku, last cik P dtg tahun bulan 3 2011. Pas tu miss lavender disahkan mengandung..owch...Umur Dhiya sekarang 11 bulan bulan depan 9.12.12 genap 1 tahun umur Dhiya Firas Qistina.

Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan pandai

Rabu, 21 November 2012

Bulan Nov 2012..part 1

Assalamualaikum...
Apa khabar??

Dimulakan dengan kalimah Bismillahirrohmanirohim...

Entry kali ini perkisarkan program bulan Nov 2012.Dh nak hujung tahun, bulan depan masuk Dis 2012.Oh sebelum tu Selamat Menyambut Tahun Bari Islam 1434H. Semoga apa yang dihajati, akan tercapai semuanya.
Bulan Okt 2012 ni genap 4kali hari ahad kami cuti..hehe..pas tu masuk bulan nov 2012 masa untuk kami menghabiskan cuti free dengan jalan2..hehe

Kat kelantan kami hanya perlu appy cuti untuk hari rabu 14hb Nov je, dapat 9 hari cuti..seronokkan.,sgt seronok.ha..masa cuti free ni la kami p berjalan2...Kat pejabat en hubby lak da family day, asalnya memang kami plan nak pergi Melaka bersama family, saja jalan2 makan ikan bakar.he..Tup-tup en.hubby cakap family day kat pejabatnya sama tarikh dengan kami plan.Tukar plan, so kami ikut rombongan pejabat en.hubby.Pe tidak, en.hubby sebagai pengurus projek family day pejabatnya. 

Kami bertolak balik Kajang hari Jumaat, sampai Kajang dah malam, hari sabtu kami tak ada pergi mana-mana menghabiskan waktu kat rumah aje.Lagipun kat rumah tiada sesiapa.Kebetulan tengaharinya lak air kat rumah xde...cian kamikan..hehe

Hari Ahad bermula la aktiviti kami ke Melaka.En.Hubby dah conctat kawan2nya, penguruskan..huhu..semua dah on the way..kol 11 lbh kami bersiap nak bertolak.En.hubby dan kawan-kawannya akan berjumpa di R&R Ayer Keroh , Melaka untuk sama-sama ke Kak Long Chalet dan Resort.

Masya Allah sampai Kak Long Chalet & Resort  hanya Allah saje yang tau..dalam hati betol ke ni tempatnya, memang aku nak komen sangat2..tengk dalam blog, subhanaAllah cantik, tp bila depan mata Innalillah..tak boleh salahkan sesiapa, biarlah jadikan sebagai pengajaran dan iktibar.


inilah gambar percutian, xbanyak pun..bawah sebelah kiri tu lah Kak Long Chalet & Resort yang  menggerunkan..erkk




Kami berada di Melaka 3 hari 2 malam. Malam tu kami ke medan Ikan Bakar kat Umbai, Ikan Bakar Parameswara.Pas makan kami ke Cruise River Taman Rempah..pas naik cruise kami masuk kat 6D..erkk seram meh...huhuhu..Dhiya untie ida dan cik G nak menjaganya..ayah ibu berdating la..hehe


Isnin, 15 Oktober 2012

Oktober yang berlalu..

Assalamualaikum...
Hai..

Bulan oktober 2012, banyak aktiviti...bulan ni penat mmg penat tapi hepi..hepi sebab bole buat semua org hepi..
Jumaat 5 okt 2012 -  Balik Kajang, otw balik Kajang tu anak ibu ok je..dh biasa jalan jauh xde mragam pun.Yang membuat ayah dan ibu terperanjat..ibu nak tidokan adik, ttiba adik "na nak"...Alhamdulillah perkembangan yang baik dr anak ayah ibu ni...adik xnak ditidokan..na nak " xnak".hehe..seronok sgt..

Hari2 berlalu kat Kajang pun adik dah pandai na nak dan nak...so sweet..Adik juga xdemam so masa kat Kajang adik xmerengek..main ok je..cuma adik rimas kalo ada orang yang kacau adik..hehe..adik suka bebas.Ahad malam, masa kuar maka bege bakar adik muntah kat kdai tu, trs hilang selera ibu nk makan.Bukan sebab muntah adik ibu ilang selera makan , tapi sebab ibudok mikir sbb pe adik muntah.macam yang ibu pikirkan.Esoknya sebelum nk balik, adik berak, bannnyyyyyyakkk sgt, smpai terkeluar dr pampers adik..cair lak tu, ibu bertambah la riso..Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik adik baik2 je.

6 okt 2012 - Ibu balik keje, ntah pe yang ibu mkn sampai ibu muntah2 gak..adik lak berak..ish...nape ni...mlm tu lak ayah main bowling pejabat anjur.Nak xnak ibu dan adik terpaksa ikut ayah.Sepanjang perjalanan ibu xsedap badan asyik nk muntah, ibu muntahkan semua isi perut. so ibu xmkn pe2 fobia tkut muntah lagi..hehe.Kat pacific bowl, kb mall adik masih berak cair dan banyakkk...erkk..bowling selesai 12.45 mlm,adik xbanyak ragam, adik tido je dalam stroller..Alhamdulillah good girl.

12 Okt 2012 - Kita balik Ipoh, coz bibik omey tunang.Tunang bik omey orang Kelantan gak..hehe.Ibu amik cuti hari ahad, majlis ari sabtu,nk balik hari sabtu kelam kabut lak, so decide balik hari ahad.Cuti ibu makin berkurangan..ermm..

14 okt 2012- Alhamdulillah majlis semua dah selesai, kita pun dah balik umah kite.Seronok ibu dan ayah tgk adik sdg bermain2 sorg diri, kkdg adik kacau ibu...suka tggk adik gelak..chumel..Ya allah,subhanallah..alhamdulillah sempurnanya anugerahMu ini...


21 okt 2012-Kerajaan Kelantan bagi cuti sempena red worrior lwn atm lak..bestnya..kalo menang dpt cuti tambahan..hehe


Khamis, 13 September 2012

masa untuk Dhiya

Assalamualaikum

Walau sesibuk mana pun ibu dan ayah, waktu cuti akan dihabiskan bersama anak tercinta. 6 Ogos sibuk dengan kawatan Perdana Menteri ibu terlibat kene bertugas, so ibu terpaksa amik adik lewat dari biasa. Hari  Sabtu ayah bawak kita p Hotel Grand River ada Jamuan Mesra Aidilfitri Kakitangan JPPK. Seronok Dhiya tengok ramai orang. Hari Ahad ayah ada program kat pejabat, ayah dh gtau kemungkinan akan to night at opis...tp ibu massage ayah 'i.m can't sleeping without u"..trs ayah ckp ok nnt ayah balik..hehe..

14, 15 dan 16hb September ni ayah plan nak bawak kita jejalan to Penang..seronoknya...nnt kita upload gambar kat sini buat kenangan ekk..
Assalamualaikum

Dhiya banyak yang telah ibu dan ayah pelajari untuk menjadi ibubapa yang cemerlang dalam mendidik anak2 .Ada masa lapang je ibu akan jumpa pakcik google nak cari maklumat.hehe..Dhiya pertama kali boleh meniarap umur 3bulan lebih...pas tu dhiya 5 bulan lbh pandai ke belakang..mngundur..sampai la dhiya 8 bulan dah pandai merangkak dan belajar untuk berdiri.Seronok ibu tgk..yang best mesti dhiya akan tunjukkan kat ibu..Terima kasih syg...ibu dan ayah sayang Dhiya..skrg dh masuk 9 bulan..hehe




gambar kenangan Dhiya

Sekian terima kasih


Rabu, 5 September 2012

Cinta Permata Hati Ayah dan Ibu

9.12.2011 - 6.00 pagi
 Ibu bangun sebab terasa nak kencing, trn dari katil aibu terasa sesuatu..air keluar dengan laju dalam ati ibu "xkan aku kencing kot" ibu trs masuk tandas kencing.Bila nak baring ada lagi air keluar.Ibu panik ibu kejutkan ayah cakap air dh keluar.Ayah terkejut tny ibu air ketuban ke, ibu jwp mane ibu tau..huhu
Ayah bergegas turun dr katil kejutkan bibik ayang bilik sebelah nak bawa ibu ke hospital.Embah bangun tny ibu n embah suh ibu mandi. Ibu ckp dah siap mandi..huhu..dan2 ibu mandi kan...

6.30 pagi 
Ayah bawak ibu ke Hospital Serdang ditemani bibik ayang. 6.45 sampai.Dhiya nak tahu, dekat2 ibu nk bersalinkan anak ibu, ibu tak sihat.Ibu batuk teruk.Siap daftar ibu disuh baring kat tempat yg septtnya.Doktor check jalan baru 2cm.sakit tau masa doktor check jalan.nurse bagi "green light" kat ibu kalo nk p makan..tp ibu ckp ibu xleh bgn sbb air trn xberenti dah basah semua baju.

9.00
Doktor pakar datang, ibu ke tandas.Doktor cari ibu, nurse cari kat tandas..Doktor Pakar bising ckp anak ibu dah berak, sbb air yg keluar warna light..ibu xreti sgt bhs doktor ni...huhu. semua doktor kalut call labour room nk admitkan ibu kat sana. 
9.30 pagi ibu dimasukkan ke labour room, kat sana ibu kena masuk air dan sampai la ptg ibu masih belum ada tanda nak bersalin.Akhirnya ibu kena reduce ubat  yg cecair melalui tgn,kol 4 ptg pun masih xsakit siap gelak2 dgn ayah lagi.kol 5.00ptg nurse dtg tunggikan meter ubat tu..30minit lepas tu yang teramat sgt..kol 6 ptg ibu dh xtahan ibu suruh ayah panggil nurse.Nurse dtg sipakan temat nak bersalin.Labour room kat sana mmg sorg 1 bilik best...hehe..

 6.15  ptg - ibu teran tapi xboleh...kol 6.20 ++ nurse mintak ibu teran lagi, ramai nurse dan doktor dtg.last2 doktor amik keputusan nk vakum.Ayah kena keluar sbb SOP.Ayah pun keluar, ibu menahan kesakitan kat dalam.Para nurse dan doktor bertugus lumus menyelamatkan seorg ibu dan anaknya. So adik kena vakum.
Berat Dhiya 3.65 maka 6.27pm keluarlah puteri ibu.Ibu ikut jam yang ada depan ibu...dalam bilik ibu ada 2 jam..hehe

Inilah gambar adik semasa dilahirkan..comelkan.

Kelahiran Pertama Puteri Kami

Assalamualaikum...
Sihat semua??
Anak ibu sihat??

 Sekian lama baru nak bercerita pasal kelahiran puteri pertama kami.Entry khas buat puteri ayah dan ibu Dhiya Firas Qistina Binti Mohd Firdaus.

Anak ibu,
Sebelum kelahiran anak ibu, ayah dan ibu dah berbincang ibu akan melahirkan anak ibu kat kajang umah embah.Tiap2 hari ibu akan bersama pakcik google..cari maklumat hospital mane yang terbaik buat ibu dan anak ibu.Alhamdulillah, ibu buat keputusan ibu nak lahirkan anak ibu kat Hospital Serdang.Bukan ibu tak nak lahirkan anak ibu kat Kelantan, tp banyak perkara yang menyebabkan ibu dan ayah buat keputusan lahir luar kelantan.

Sebelum ibu balik Kajang, ibu kena siapkan kerja2 ibu.Nak cuti 3bulan, ibu ambil cuti bersalin 3 bulan untuk anak ibu.Ibu last keje pada 25 hb Nov 2011.yipee leh rehat panjang.

26 Nov 2011 - Ibu dan ayah siap pg2 lagi nak balik Kajang,bulan 11 juga Mohd Arif Irfan dilahirkan 21.11.2011..dan semua keluarga ibu ingt ibu pun akan melahirkan anak ibu..seronok mereka ingtkan ibu leh berpantang bersama mak cik ila.Tp ibu dan ayah dah ada rancangan.Alhamdulillah seperti yang dirancang dan secara kebetulan umah tok ma naik air BANJIR..boleh tahan gak la.ALLAH MAHA BESAR..ALLAHU AKBAR..Allah selalu bersama org2 yg diniayai...ibu tipon tok ma dan bgtau yg nk balik Kajang coz due date 30hb Nov..nnt air naik payah plak.Alhamdulillah semua urusan ayah dan ibu dpermudahkan.

- Pagi2 lagi ibu dan ayah bertolak dr Tanah Merah melalui Gua Musang.Tp lum tu singgah makan kat kedai makan di Machang kdai ustaz..yang kelakar selipar sepanjang ibu mengandungkan ank ibu boleh tertinggal sebelah..ibu sedar2 masa nk berhneti kat Gua Musang..Kelakar pun ada. geram pun ada ibu sayang kasut tu. Ptg ayah ibu sampai Kajang.

27 nov 2011 setinggal 30 nov 2011 ibu masih belum ada tanda2 untuk lahirkan puteri ibu.Ayah lak terpaksa balik Kelantan sbb ayah kena lapor diri untuk bertugas ditempat baru. tggl ibu bersama embah, bibik dan sepupusepapat dhiya.

Seminggu telah berlalu, tap ibu masih belum ada tanda2 untuk melahirkan puteri ibu. Semua org risaukan ibu.Ayah pun balik Kajang, sebab ibu masih sebelum ada tanda ramai nasihatkan ayah supaya bawa ibu ke Klinik.Ibu dan ayah pergi Hsopital Serdang, tap nurse suruh pulang sbb nk surat pengesahan dari doktor kat sini.mana nak cakau weh..so kitorg p klinik kajang kat Semenyih.Kat situ ibu buat check up dab jumpe doktor minta surat dari doktor kat situ.Alhamdulillah mudah urusan.8hb Doktor Kajang refer ibu ke Hospital Serdang, pagi2 ibu dan ayah pergi. Dhiya tau x??ibu terangkan nape ibu datang tu kat nurse dan doktor, so dorg suh ibu baring..mcm2 ibu diperlakukan...dorg nk test jalan..tp hampa jln xbuka..banyak doktor mananyakan ibu..spttnya ikut period ibu mmg 9hb ibu akan lahirkan anak ibu tp doktor kat tanah merah ikut tarikh scan tu sbb jd 30hb. Doktor kat sana bising2 nape leh jd cm tu..nape x ikut period...pot pet je dorg..dan ibu leh keluar tggu sakit perut baru datang sini kata doktor.

Ibu dan ayah pun balik, ptg ibu dan ayah ikut wak shima dan wak bob ke Plaza Metro Kajang bayar bil, pusing2 kat atas tu..huhu..pas tu balik.....tido



Selasa, 4 September 2012

Cepatnya masa berlalu

Ya Allah pejam celik pejam celik dah pukul 5 ptg..dah nak balik..cpt la pulak masa ni...banyak lagi benda tak settle..kalau tak ada kerja Ya Rabbi lama sesangatkan masa tu nk berlalu..huhu
pe2 pun...jum la balik jumpa anak...
Ibu rindu kamoo Dhiya

Doa buat anak tersayang


Isnin, 3 September 2012

Citrawarna


Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
(mood raya lagi)

Setelah sekian lama menyepi rasa dah tak tahu nak tulis pe..banyak sebenarnya nak tulis tapi xtau nak bermula dari manakan...huhu

Sebelum tu saje nak bagitau yang aku dah kawin...alhamdulillah suamiku mohd firdaus dan kami dianugerahkan cahayamata yang sangat comel diberi nama Dhiya Firas Qistina.Sekarang dah 8 bulan 6 hari lagi genap 9 bulan...cptkan masa berlalu..
 Aku kawin 5 Feb 2011 dan rezeki kami cepat alhamdulillah bulan 4 aku disahkan hamil..hepi sangat kami.
Banyak suka duka aku masa majlis kenduri kawin, pas kawin..sume tu aku lalui dengan penuh sabar sbb aku ada suami yang banyak memberi aku motivasi.
Masa aku mengandung juga banyak yg aku tempohi...nnt aku anak buat catatan untuk suatu hari nanti boleh anakku tau kisah hidup ibunya dan jadikan pengajaran,kot2 la dhiya esok2 akan tanya kenapa dhiya dilahirkan di hospital serdang selangor..

Selepas aku disahkan hamil, suamikulah orang yang pertama sekali yang seronok sengih sampai nampak gusi..huhu.seminggu kemudian ada titisan darah kat penties aku, tiap2 hari ada suamiku dah risau2 trs bawa aku ke klinik ibu dan anak.Semasa di klinik nurse buka buku merah(ibu check up every month) dan refer aku ke hospital Tanah Merah.Kt HTM aku diwardkan 1 mlm...hampeh..geram je..doktor pakar bising nape wardard kan aku sedangkan fertus xnmpk lagi...esoknya aku discharges,,,sonoknya...yahooo...aku pun mengandung ler sampai la 9 bulan 10 hari...emm


come back

Alhamdulillah masih diberi nikmat yang tidak terkata...masih diberi kesempatan bernafas, berbahagia bersama keluarga, berjimba dengan kwn2..alhamdulillah...dh lama xtulis blog...ni startlah menulis...nk buat khas utk anakanda tersayang..