Ahad, 9 Disember 2012

Persiapan untuk hari lahir Dhiya 9.12.12


Allahuakbar..
Subhanallah..
Alhamdulillah..

     Pejam celik pejam celik dah genap 1 tahun Dhiya..Terharunya ibu dan ayah..

     Sayang anak ayah dan ibu. Maafkan ibu sayang sebab ayah dan ibu sambut Besday adik bukan dengan majlis besar-besaran.Harap anak ibu faham.Adik masih kecil bagi ayah dan ibu, walaupun adik terasa adik dah besar.Adik belum pandai nak potong kek, nak bermain dengan kawan-kawan.Kang seronok kalo buat majlis bila adik dah besar, dah pandai segala-galanya.Hati ibu dan ayah pun seronok.

     Tapi bukan ayah dan ibu xsambut besday Dhiya, kami sambut cuma bukan besar-besaran cam ibu cakap tadi la...kami sediakan "goodies" untuk kawan-kawan pejabat ayah dan ibu, serta jiran tetangga.Cara tu je yang kami boleh buat, janji kita sekeluarga hepi kan sayang.

     Doa ayah dan ibu untuk anak ibu ni. esok dah besar jdlah orang yang berguna pada agama,keluarga, bangsa dan negara.Jadilah kakak yang terbaik buat adik-adik.Kami selalu mendoakan yang terbaik buat anak ibu yang tersayang.Andaikata umur ibu tak panjang, Ibu nak sangat anak ibu jadi anak yang solehah.Ibu tiada harta untuk anak ibu, tapi ibu mengharapkan doa dari anak ibu yang sangat comel ni untuk ibu buat bekalan.

     Dhiya, ni ibu sertakan gambar-gambar persiapan "goodies" yang ibu dan ayah bagi kat kawan-kawan pejabat.Ibu dan ayah buat sendiri a-z tau sayang..ini aje yang termampu ibudan ayah sediakan untuk Dhiya Firas Qistina..
inilah "goodies" ibu dan ayah sediakan sempena Dhiya 1Thn..

ank yang cerdik dan bijak