Isnin, 28 Januari 2013

Part 3 - Percutian kat Kelantan (3 hari 2 malam)

26.1.2013. Sabtu 
       Cepat je rasa, belum puas lagi Dhiya nak bermain dengan embah idok, wak bob, wak shima, bibik ayang, kakak tisya dan ensem boy oppa upi..dorang dah nank balik..Dhiya baru nak bermesra, dah nak berpisah.Tak pe lah lain kali kita jumpa lagi ya..Sebelum dorng bertolak balik kita p makan sarapan kat nasi gulai ayam kampong, ayah yang bawak kat tempat tu..hehe.. 

      Sampai sini je la, percutian embah idok, wak bob, wak shima, bibik ayang, kakak tisya dan ensem boy oppa upi kat Kelantan..Embah lanang tak ikut sebab tak muat kereta,Lain kali ekk embah lanang, nanti bulan 5 ni kita berkumpul ramai2 kat rumah Dhiya ekk..nnt ada bersama wak nurul, wak udin abg aiman dan abg akmal.Orang lain xkisah la nak ikut x..yang penting sepupu2 Dhiya, makcik2, pakcik sedara Dhiya kena datang rumah Dhiya. Kita jumpa raya cina 2013 ni la ekk.. 

       Sayang semua jom layan gambar yang sempat dirakam sempena percutian 3 hari 3 malam embah idok, wak bob, wak shima, bibik ayang, kakak tisya dan ensem boy oppa upi kat Kelantan.

Gambar senget, xreti nak betulkan...huhuu
















Ditulis untuk kenang-kenangan pada masa akan datang.

Salam sayang dari
Ibu Dhiya

DOA UNTUK DHIYA

Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia. 
Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah D suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin.. 

Part 2 - Percutian kat Kelantan (3 hari 2 malam)


JUM KE PART 2

Pas shopping kat pasar, 3rd kita ke Pantai Cahaya Bulan.Bibik ayang nak p Pantai, hehe.Kita lepak2 kat pantai, pas tu minum dan makan colek seafood.Ibu dah lama xminum air kelapa..ha kali ni Alhamdulillah dapat minum air kelapa bijik lagi..hambik kau...lepak2 jap kat situ, 4rd destinasi kita ialah menjamu selera..jum makan.lalalalala.Seronok ekk ibu dapat makan.Ayah dah booking kat Restoran Syam.Banyak lauk ayah order,yang ibu ingat, ayam masak lemon..ehh..betol ke.???, sup sayur, udang masak pedas, kalian ikan masin, ikan siakap berapa rasa ekk lupa??huhuu..makan time...gambar nanti tengok ekk...ciplak dari bibik ayangnya facebook..lalala..ibu xdan amik gambar.hehe

5th destinasi ke Pasar Wakaf Che Yeh..sememangnya kalo datang Kelantan, semua yang kita pergi tu memang wajib bagi pelawat yang mai Kelantan, tak pergi memang akan rasa rug padahal ibu yang memang asal sini pun xtau apa yang rugi tu..huhuhu.Kat Wakaf Che Yeh tak lama sebab tergendala disebabkan oleh permainan mula2 kita nk masuk dalam.Abang upi apa lagi rambang mata la...ayah dan embah idok jalan depan pun xperasaan so xde bagi signal kat kita yang belakang ni suruh lalu ikut jalan lain.Apa lagi mengamuk la abang upi.Dah beli mainan tapi sebab banyak, abang upi pun xtau nak pilih yang mana,,kalo boleh nak duduk lelama kat situ..mane leh sayang, banyak lagi plan ni...tapi apa kan daya sebab rambang mata + mengantuk abang upi mengamuk so embah idok dapat la beli baju batik embah lanang je,pas tu kita semua balik..tu sebab Dhiya kurang berminat dengan mainan yang ada, Cuma belon je Dhiya mengamuk nak..embah pun belikan..terima kasih embah idok.Harap2 la anak ibu x diajar nak sesuatu sampai mgamuk2 kat situ..Kita balik rumah..

25.1.2013 JUMAAT
Pagi tu sarapan kat rumah je, pas tu keluar p pasar tanah merah.balik dari pasar kita balik rumah Tok Ma Pasir Mas, ayah cakap nk solat jumaat kat Pasir Mas,Kita bertolak ke Pasir Mas. Kat rumah tok ma kita makan tengahari. Lebih kurang jam 3.30petang kita ke Rantau Panjang.Jum p Rantau Panjang. Tok ma ikut sekali.Kat Rantau panjang, embah dan wak shopping toto dan pemangang ajaib...ok la ibu tengo avon 2cm RM99.90, kat RP 3cm 95.00..
Pas shopping kat Rantau Panjang, so kita pn balik Tanah Merah.Wak beli KFC dan ayah beli nasi goreng, balik rumah makan.Pukul 1 pagi masing2 dah dibuai mimpi..


JUM LAYAN GAMBAR












Ditulis untuk kenang-kenangan pada masa akan datang.

Salam sayang dari
Ibu Dhiya

Part 1 - Percutian kat Kelantan (3hari 2 mlm )


Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia.
 Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin..


Assalamualaikum
Kabare??

Teringat gelagat adik nak tergelak ibu...hehe.Adik pandai ajuk orang nanggis..hahaha..Adik perli ekk..Ibu saje pegang Arif Irfan nk tau adik nanggis jeles ke tak, tetiba arif yang nanggis, adik tengok je dia nanggis, sbb arif tak biasa dgn ibu.Bila ibu bangun tinggalkan Arif, adik ikut ibu tetiba ...adik buat2 nanggis tiru arif nanggis..Clever girl la adik ni...hehe.Semua orang gelakkan Dhiya sebab ajuk Arif nanggis,kahkahkah.

24.1.2013 (Khamis)
Cuti sempena maulidur Rasul..Kita ada tetamu istimewa...hehe..sape lagi kalo bukan embah idok, wak bob, wak shima, bibik ayang, kakak tisya dan ensem boy oppa upi.hehe.Meriah rumah kita dengan adanya mereka.Biasa kita bertiga je..Pukul 8.30pagi ayah col  bibik tny ada dekat mana, owh..dorg da naik bukit Grik..lebih kurang 2jam 30 minit sampai la rumah kita. Ayah dan ibu siap/kemaskan  apa-apa yang patut. Mana x nya ayah dan ibukan keje,so masa kat rumah kurang berkesempatan nak berkemas bagai ni.hehe..Lepas kemas sikit2 pg tu coz mlm tu dah pulun hbs2 oo..kalo x mau pengsan bgn pengsan balik embah idok tgk rumah kita..hehe.Kita keluar sarapan dan beli barang dapur sikit.

11.30pg...Kita tunggu dorang dekat dgn politeknik jeli, Tanah Merah, alang2 dh keluarkan tunggu je. X sampai 5 minit dorang dah sampai. Balik rumah, rupa-rupanya dorang belum sarapan, so ayah keluar beli sarapan roti canai.Xpe la, jnj ada sarapan.Ibu dan ayah pun lupa nak tanya sebelum tu dah sarapan belum, kalo x boleh standby..hehe.Pas makan,rehat, mandi, kita semua keluar makan tengahari kat restoran tepi sungai. Pas makan, agenda pertama kita ke Kota Bharu. Jum...

1st kita pergi Bazaar Tok Guru, walaupun kita dok sini, kita xpernah pergi lagi, so sama-sama la kita menjejakkan kaki kita kat Bazaar Tok Guru.Bibik ayang beli tudung sebab nak try berniaga tudung dari xde buat apakan..untung sikit pun jadilah.Siap beli belah kat Bazaar kita terus ke 2nd place Pasar Siti Khadijah. Kat sana beli cincin kakak tisya untuk pakai2 budak2 tak boleh bagi org emas betul, rasa rimas dorg main buang gitu je...huhu..emas mahal sekarang weh..embah idok beli kain pasang batik untuk kenduri bibik ayaomei nanti.hehe.Ibu dah ada pakai yang ada je, membazir beli banyak2..mmbazir ke kedekut..ahakahak..




 JUM LAYAN GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM





kat tangga Bazaar Tok Guru





Kat Pantai Cahaya Bulan




Ditulis untuk kenang-kenangan pada masa akan datang.

Salam sayang dari
Ibu Dhiya

Rabu, 23 Januari 2013

Aquarium Dhiya...



Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin..

 Assalamualaikum wbt 
         21.1.13 – Ayah keluar beli aquarium sementara adik lena tido.Aquarium untuk ikan, adik suka tengok ikan..so ayah pun belikanlah untuk adik..Ayah balik rumah tanpa buang masa terus pasang sebab kata ayah nak suprisekan adik pagi esok..hehe..Ayah siap belikan ikan lagi.
         Malam tu bekerja la ayah dan dibantu oleh ibu..angkat meja, deco balik ruang dalam rumah sebab nak letak aquarium adik.Aquarium adik kena dekat dengan plug..senang nak cucuk sebab nak pakai mesin air..hehe.Bertungkus lumus la malam tu siapkan sume tu..hehe..
        Hehe Alhamdulillah semua dah selesai..jum layan gambar dalam rumah dan aquarium adik...lalalalala



ni lah Aquarium adik

ikan apa ibu pun xtau...har selasa p pasar malam tambah ikan lagi..


selesai pasang semua sekali...sambil nk tunjuk jam ler tu..

cantikkan



ni la dalam rumah kita

hehe




Tu la gambar dalam rumah kita dik.. dalam buai sdg tido cu teka sapa..jeng- jeng..

hahahaha...adik la sape lagi...xkan ayah kot..pengsan ibu kalo ayah...

Salam sayang dari
Ibu Dhiya

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN


Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin.. 




 Luahan hati ibu, sesiapa yang baca dan terasa harap maklum la...jgn nk sentap 
Ya Allah, lembutkanlah hatiku ini, biar la aku boleh ikut rentak orang...Amin 

 Punctual...yes...hargailah masa, sesungguhnya masa itu emas.Ibu belajar untuk ikut rentak orang lain, tapi lama kelamaan ibu jadi sakit hati..Ibu xmampu nak ikut rentak orang lain. Bila berjanji ibu akan letak masa, senang ibu nak set time...ibu xsuka buat orang tunggu sebab ibu xsuka menunggu, dan ibu xsuka kalo time yang dijanjikan tidak ditunaikan.Ibu pun xfaham kenapa ibu xboleh terima hakikat yang orang lain xseperti ibu... 
 Bila ibu ada anak, bukan alas an untuk ibu melewatkan masa, sebab anak bukan penyebabnya.Bila dah ada anak, ibu bukan orang bujang lagi yang boleh bangun sesuka hati, ibu akan sedaya upaya bangun seawal yang mungkin sebab ibu ulang sekali lagi ibu ada anak, jadi banyak hal yang akan berlaku..exp: adik meragam..bukan salah adik,adik budak kecik yang perlukan perhatian.Tapi ibu, ibu yang kena menagekan time. 
 Pagi2 ibu dah jadi geram sangat kalo ada yang xreti nak manage time.Bila ibu bersuara, cakap ibu tak hormat (sila hormat orang iya ibu)...tapi sampai bila...kekadang ibu jadi geram sangat2..ibu diam alih2 ibu yang jadi sakit hati.Semua orang ada keluarga, masing2 dah ada kehidupan masing...so tolong manage time untuk keluarga. Bukan sesuka hati je.Ibu sangat2 pantang kalo xreti nak manage time. Bagi ibu, kalo time dh betul dan ada hal2 yang tak dapat dielakkan ibu ok, tapi jangan masa dah lewat sebab tak manage time, alih2 ada hal2 yang tak dapat dielakkan, tetiba ibu naik angin. So, anak ibu, ibu harap nanti adik pandai manage time, masa itu emas.
 Salam sayang dari
Ibu Dhiya  


Selasa, 22 Januari 2013

Dhiya sayang

Assalamualaikum...
Apa khabar..??
Terasa malas buat keje la...ibu bukan xbuat keje langsungm buat tapi jap2 ibu buat keje lain...last2 ibu buat blog...lalalala
Ibu ada gambar, jum kita layan gambar...hehehe
hahaha...kat Pizza Hut

Ayah yang belanja

hahahahaha

cantikkan...lalala..TQ ayah

Embah layan adik makan  Ayam KFC

Kat kedai makan Gunung ke apa ntah...baru2 sampai Ipoh trs p makan

Embah idok tgh layan adik...Sdpnya Ayam kat tangan adik..lalalal



hehe...ibu malas nk buat ni pun keje gakkan..lalalala
Tgh pikir, tengah buat apa la adik sekarang ni, dh sihat ke, ke masih batuk lagi..cian adik batuk xhilang lagi..kahak masih bermaharajalela...tu pun ibu dh jolok tekak adik, supaya adik muntah..pd td adik muntah kuarlah kahak yang menganggu tekak anak ibu..pe2 pun anak ayah n ibu ni budak kuatkan...lawan dik..nnt adik sihat walafiat...amin



ibu Dhiya  tgh rindukan  orang yang rindukan ibu..

Salam sayang dari
Ibu Dhiya

Dhiya 1thn 1 bulan




Assalamualaikum...
Jum layan gambar Dhiya..



Makan ayam, pasar malam, bila ibu vacum lantai DHIYA  pun turut nak membantu  dan siap lap habuk lagi..hehe..Rajin anak ayah n ibu ni...





ha ni gambar Dhiya mandi kolam, 16.1.13..hehe,,yang 2 lagi gambar pagi masa ibu ngn ayah nak p keje so p hantar Dhiya rumah cik pah, dhiya dgn ayah jalan kaki..sbb dhiya nak jalan kaki..





Ni gambar Dhiya pada 15.1.2013, hehe..suka sangat dapat main berjalan -jalan kat luar...siap  mantau tanaman ayah lagi..Dalam pasu panjang tu ada daun pandan ayah tanam. alhamdulillah hidup tau pandan tu..

Isnin, 21 Januari 2013

Kesihatan Dhiya kurang memuaskan


Assalamualaikum wbt

Ya Allah, Ya tuhanku, sihatkanlah
Mohd Firdaus dan Dhiya Firas Qistina,
jauhilah mereka dari segala penyakit,
Dan jauhilah segala yang tidak baik,Kuatlah hatimereka
Dalam menempuh segala dugaanMu ..Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rohim..Berkatilah kami sekeluarga, limpahkanlah rahmat dan barakah keatas kami suami isteri, jdkknlah rumahtangga kami bahagia berkekalan dalam ketaatan kpd Mu
Kurniakanlah kami zuriat yang sempurnam soleh dan solehah,
Berikanlah ketenangan kpd kami di dunia dan diakhirat..amin

               Tetiba rindukan adik...rindu sangat, rasa bersalahlah ibu sebab marahkan adik..Bukan apa, ibu xnak adik manja sangat.terlalu manja payah untuk adik gak.Adik fahamkan.maafkan ibu sayang sebab ibu garang dengan adik.Ibu tau adik xsihat, tapi adik kena jadi budak yabg kuat semangat..xnak lemah-lemah tau sayang.Ayah dan ibu sayang sangat kat adik tau.

       Hari ahad ibu cuti, sebab adik xsihat..seharian ibu kat umah. Bila adik tido ibu xboleh nak tido macam orang lain, dalam kepala hotak ibu bermacam-macam ibu pikirkan,walaupun kepala ibu berdenyut-denyut..tp banyak benda ibu nk buat.Alhamdulillah sepanjang adik tido dan kejap2 terjaga sempat ibu habiskan lipat kain.Pagi ahad ayah bawa kita p klinik amik ubat, Alhamdulillah ibu bagi adik makan ubat badan adik dah sejuk.

       Dari pukul 11.30 adik tido, pukul 2.30 adik betul2 terjaga..walaupun tido adik kejap2 terjaga, tapi adik puas tido..bagus anak ayah dan ibu ni..Good girl sayang. Adik tq sebab masa kat Ipoh adik jd good girl dan sdik meragam sebab adik xsihat. Tu xnak buat macam manakan bukan adik nak pun xsihat...tp Alhamdulillah sepanjang kat rumah embah adik dh ok tak seperti sebelum2 ni..dan terima kasih juga pada ayah sebab jaga adik, p ronda-ronda naik motor ngn adik..moto lama tapi tukar baru..lalala..tercapai juga niat ayah nk ubah motor embah lanang jadi cantik..terbaikk lah ayah...

       So ibu doak Dhiya Firas Qistina cepat sembuh dari demam, Ya Allah sembuhkanlah Dhiya Firas Qistina, tiada penyembuhana selain penyembuhanMu Ya Allah..Sihatkanlah tubuh badannya, jauhilah Dhiya dari segala penyaklit yang berjangkit..kuatkanlah hatinya.Amin..

       Isnin, pagi2 ibu masuk keje, 2 orang staff kat sini dah bising2...mau x nya benda yang dorang dok tunggang lanang pulun ada kesilapan..nk buat balik..mau x mengamuk dorang.CC yang pergi meeting, tp sebelum apa-apa dah ckp xtau, xreti..pe lagi bagi maklumat silap la...pe pnya cc la...huhuhu...kalo kena ibu, mau ibu melenting gak..

Ok lah, sampai disini  dulu...cincau lu..lalalala..

Rabu, 16 Januari 2013

Impian ibu buat ayah dan dhiya


Insya Allah...Insya Allah
(Versi Maher zain)

Dalam suasana hepi, sebab kita dah lengkap satu keluarga..ada ayah, ibu dan anak (Dhiya)...tp kan..tetiba ibu terdetik dihati ibu, alangkah bestkan kalo tambah sorang lagi...nak2 kalo anak lelaki.so ada ayah, ibu, kakak dan adik..
Kalau ada rezeki lebih pe salahnya kan....hehe..tapi kalau rezeki untuk tambah sorang je lagi..kami redha...tapi biarlah tambah lebih..lalalala.Insyaallah...eii ibu ni ngada- ngada la..
Ya Allah, kurnikanlah kami anak-anak yang ramai, soleh dan solehah..Ibu teringin nak mengandung lagi, nak jaga anak kecil, nak cium bau anak kecil...wangi sangat. Dhiya masih wangi lagi dan sampai bila-bila akan wangi bagi ibu dan ayah..hehe.
Bila agak-agaknya ekk...lalalala..Tapi ibu tetap bersyukur sebab ibu dan ayah dikurniakan rezeki yang amat bernilai buat kami..kehadiran Dhiya. Semalam ibu tengah buat kerja, tetiba kawan ibu yang kat kampong tegur ibu chat at fb..mula2 tanya kabar ibu, tetiba dia ckp ‘ kalo ada orang nak bagi anak, bagitahu ekk”..ya Allah ibu terasa semacam je...tetiba ibu “syukur Alhamdulillah, kau berikan kami zuriat dr kami..”..ibu ada tanya kawan ibu, kenapa nak amik anak angkat..dah berusaha ke..??
Kawan ibu cakap dah bermacam-macam usaha dah..dh 7 tahun dia kawin, semua dah lakukan termasuklah jumpa pakar,dan pakar nasihatkan dia ambil anak angkat je.Manelah tahu, berkat amik anak angkat dia diberikan rezeki dapat zuriat sendiri..
Ibu tanya, suami dia setuju ke..’Iya, dia setuju”, malah suaminya minta kawan ibu kawin lain.Dia kecian kat kawan ibu..sebab berpunca dari dia.air maninya tiada sperma.Ya Allah, besarnya dugaan dia..Ibu yang dah ada anak seorang ni pun masih rasa kecewa sebab sampai sekarang ibu masih lum ada tanda-tanda nak mengandung, sedangkan ibu xpernah amik sebarang ubat selepas Dhiya lahir sehingga sekarang.Sebab ibu memang merancang nak tambah sorang lagi. Tapi ibu xde ckp kat ayah..lalala...jeles ibu, sebab makcik Ila mengandung, arif dah nak dapat adik.kwn ibu sorang lagi pun dah mengandung, sdgkan Dhiya lbh tua dari anak dia.lalala..tapi tu semua Allah dah tetapkan, rezeki datang dari Allah. Kun Faya Kun.. kalo Allah hendakkan sesuatu itu terjadi...maka KUN (jadilah)...
Jadi sekarang, Dhiya pun dah setahun lbh, ibu mengharapkan semoga ibu mengandung lagi...emm sambil2 lepak ibu  baca "Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya kurniakanlah aku zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau yang Maha memakbulkan" Amin...aci x ayah..ayah ntah baca ntah tidak...huhuhu..

Bulan lepas ibu xperiod, ibu ingatkan ibu dah mengandung..lalala..tapi tengah bulan 1..cik p muncul..xpelah,kita usaha lagi pas ni ayah...lalalalala...Tapi kalo tak jadi juga macamana ekk???..pasti kuciwa..ibu la, kalo ayah ibu xtau la...lalalala.

Ok lah, jum p sarapan lu...perut dah main muzik ni..

See u again


Ibu teringin hadiahkan ayah anak sorang lagi,
tak dapat tahun ni awal thn dpn..
Dhiya mesti nak adikkan..buat kawan..hehehe

XOXO...

Selasa, 15 Januari 2013

Kenangan pindah buat tatapan Dhiya


Assalamualaikum
Pe kabor???kabare??

          Alhamdulillah..masih diberi peluang bernafas di bumi Allah
Subhanallah,...masih diberi peluang melihat keindahan alam semulajadi
Allahu akbar...Allah Maha Besar
Syukur Alhamdulillah..

          Dhiya, setahun sudah berlalu...rasa cpt sangat rasanya. Dhiya sempat merasa sekejap je bermain di rumah pertama selepas kelahiran Dhiya. Mungkin Dhiya tertanya- Tanya bila Dhiya dah pandai membaca nanti, Dhiya akan baca semua sekali termasuk la Mykid dan Surat Beranak Dhiya. Dan tentu soklan Dhiya ialah “kenapa alamat Dhiya kat Balai Polis Kajang,”..hehe..

          Ha, kalo ayah dan ibu sibuk tak sempat nak bercerita, meh Dhiya baca kat sini...Embah lanang seorang Polis, dan alamat balai tu adalah alamat rumah yang embah lanang dan keluarga menetap..”ooo..ayah pun tggl dalam balai la ya”...”iya syg, ayah membesar dalam balai, masa kecik kat balai polis Kuala Kangsar, pas tu embah lanang pindah ke Kajang, so menetap kat balai polis Kajang..tu sebab alamat dalam Mykid dan Surat beranak Dhiya alamat balai polis Kajang.

          Dhiya dilahirkan di Hospital Serdang, Selangor..memang ibu nak lahirkan Dhiya kat situ, dan Alhamdulillah niat ibu tercapai. Selepas dilahirkan rumah pertama yang Dhiya jejak ialah Balai Polis Kajang.Sepanjang ibu berpantang kat sini lah kita tinggal..embah lanag, embah idok, wak lanang, wak idok, bibik ayang sepupu Dhiya, jaga kita berdua.Ayah lak kena ulang alik  Kajang – Kelantan. Sebab ayah kerja sayang, tambah lak ayah kena lapor diri kat Pejabat Pembangunan Jajahan Jeli.Ayah pindah pejabat, dulu ayah kat PPJ Tanah Merah. PPJ Jeli lebih memerlukan ayah..so ayah pindah la..

Tiap2 hari khamis ayah balik Kajang, dan sabtu berat hati ayah nak tinggal buah hati ayah yang baru..hehe..Ok kat hbs citer tu...Jom ibu nak citer pasal pindah lak..Embah lanang tamat perkhidmatan pada 18.11.2011 genap umur 58 tahun. So dah tamat perkhidmatan embah lanang kena pindah rumah, so kita balik kampong IPOH.Pas ni bermula la kehidupan keluarga kita kat Ipoh.

27.12.2012- Kita bertolak dari rumah balik Kajang, dalam perjalanan Alhamdulillah Dhiya xbanyak ragam..masa tu adik kurang sihat.
28.12.2012 – Tolong embah kemas-kemas barang, ayah yang tolong...ibu layan adik main.
29.1.2013 – Pagi2 lagi semua barang kena angkut masuk lori, barang embah banyak sangat..sampai tengahari tu barang2 dalam rumah dah kosong..tup-tup 2 bijik lori xcukup..barang banyak lagi yang belum masuk lori.So embah pun call lori yang pernah embah sewa,  seminggu sebelum kita pindah embah dah angkut barang 2 lori. So kita siap yang mane2 boleh je..sampai la malam hari pun masih mengemas barang2 lagi. Pukul 11.30mlm kita bertolak ke Putrajaya, kita semua bermalam kat rumah kakak Tisya...hehe.

30.1.2012 – Pukul 6.30 pagi kita bangun dan bersiap2 balik Kajang, embah lanang, embah idok, wak udin ,wak nurul, abg akmal dan abg aiman dah balik awal2 lagi. Kat Kajang lebih kurang pukul 8 pg lori yang embah sewa tu smpai.barang-barang semua angkut masuk lori termasuklah beg2 pakaian yang kita guna..hahahaha.mandi pun semua cincai2 sbb nk clearkan bilik air.Hehe..

13.00pm  – kita sampai Ipoh, kat sana dah ramai tunggu kat rumah,hehe..Bermula la episode kat kampong Desa Sri Chepor. Alhamdulillah cuaca hari tu baik je..sambut kita.hehe

Jum layan gambar-gambar yang sempat ibu snap...lalala..
Kenangan buat tatapan adik...






sekian la sudah...ni lah tempat pertama Dhiya. dan lupa 1 lagi, Dhiya nak tau, uri Dhiya dan 4 lagi sepupu Dhiya kat kt balai polis Kajang.Tempat kat paking kete embah..kan ada tanah tepi tu..hehe...

p/s : besar esok2 kalo nak p melawat Balai Polis...p la..hehehe...
Ibu  dhiya. 
Sayang semua

Isnin, 14 Januari 2013

keselesaan keluarga Ayah

Sembang sepetang..

Suami : Td ada tipon abah, sembang2 pasal rumah, pastu abah ada cakap pasal rumah yg akan dibina kat TASEK??

Isteri: rumah apa???

Suami : Rumah teres, harga macam dah ok, boleh la kalau kita ambik..

Isteri : xpe la, kalo ayah tengok ok, ok je...ibu xkisah..

Suami : tap ayah kena buat loan...la

Isteri : ok..buat la akn ada rumah pertamaku..

Suami : tu la, ingat nk buat yang tu..pendapat ibu macam mane ekk..??

Isteri: ibu ok je yah, xkisah la..mane yang boleh ibu tolong..ibu tolong ayah..

Suami: ok...nanti balik ayah p booking rm 500.00

Jumaat 11.1.13

Suami: Ayah tengok rumah dah td...cmne nak x??

Isteri : ikut ayah la ibu xkisah, sbb ibu xtgk cmner..

Suami : rumah xde lg...cmni harga rumah rm158k, booking rm500dlm bln 5 rumah satu tingkat siap.masa lounching harga dr rm158k jd rm208k.kalo dh tengok umh nk cancel gie bagi balik so cmne??

Isteri : kalo cm tu xpe la ...ayah booking la dulu


Sabtu  12.1.13
Suami : Emm...hehe...so sekarang rumah tu ayah dah booking, dalam bulan 5 pemaju akan panggil untuk present rumah contoh...kalo berminat proceed je..kalo xminat boleh cancel

Isteri : ish...kalo nk cancel rm500 dapat balik x??
(yg tu ditny dulu)

Suami : dapat, ada hitam putih

Isteri : kalo dapat xpe la...hehe

Suami : nnt rumah kita g tengok la sama-sama..

ISteri : ok

Terima kasih ayah, sebab ayah bersusah payah nak sediakan kami tempat tinggal yang selesa...ayah adalah antara ayah yang terbaik...kami sayang ayah...Semoga segala perancangan ayah umtuk masa depan anak-anak kita tercapai dan sentiasa diberkati Allah SWT..

we love u

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan ke 2 tahun


Allahu akbar..allahu akbar
Maher zain


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih bernafas di muka bumi ini dh cm pengerusi majlis..haha. Subhanallah, Maha Suci Allah Ya Allah, terima kasih atas kesempurnaan yang kau berikan kepada kami. Kami dapat melihat, mendengar dan merasa dengan sempurna. insyaAllah, dengan kesempurnaan ini, kami akan gunakannya untuk beribadat kepada Mu..Ya Rahman, Yang Maha Pemurah, Ya Rahiim Yang Maha Penyayang.Syukur Alhamdulillah.

Ibu sangat-sangat bersyukur sayang, sebab ibu dapat hadiah dari ayah.Syukur Alhamdulillah, sebab Allah memberi rezeki yang lebih kepada ayah, dan ayah belikan ibu hadiah sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan ayah dan ibu yang ke- 2 tahun.

13.1.13- 8.15pm..tengah lepak makan maggi goreng sambil menonton berita. “Ibu, ayah ada benda nak bagitahu ibu”..tetiba ayah bersuara sambil tersengih2. “ape??”Tanya ibu. “ada la...(sambil sengih)..tp kalo bagitau ibu, terkantoi la semuanya, tp jap ayah nk basuh tangan.” Ayah nak lagi main tarik tali dengan ibu. “ala, ayah ckp je la, pe dia”..celah ibu mengekori ayah dengan membawa pinggan2 yang dh hbs isinya. “ibu Tanya smpai 3x je, ayah xjawab ibu dah malas tny...”ibu yang xsabar nak tahu mengugut ayah.” Ala, jap ekk, nak isap rokok jap..”..ayah masih lagi tersengih2 dan bermacam2 alasan. “x nak ibu...kalo ayah xnak bagitau skrg, ibu xnak dah..”...ibu yang tak sabar sebenarnya terus mengugut ayah. Ayah serba salah, ke hulu, ke hilir semua tidak kena.Selesai ibu basuh pinggan, ibu keluar.
“Ibu keluar dulu, nnt ayah panggil masuk, ibu masuk...”ayah menolak ibu keluar sambil memberi isyarat supaya ibu menyorok ke kanan sikit ditepi dinding.Ayah menutup pintu, 3 minit kemudian, “ibu, tutup mata..dan masuk”..ayah bagi arahan, setiap arahan yang ayah bagi ibu hanya mengikut.Dalam kepala ibu, bermacam2 yang ibu pikirkan..”ok, buka mata”...bila ibu buka mata, ibu terpandang satu bungkusan yang amat cantik di tangan ayah.. “hepi anniversary yg ke 2 ibu”..ayah bersuara. Ibu sangat terharu, ibu menanggis sebab terharu sangat-sangat. Ayah lak bagi macam tu, mau x menanggis ibu..so sweet sayang, ayah dhiya seorang yang romantik...hehe.
Nak tau, apa hadiah yang ibu dapat....jeng-jeng.....tengok je kat bawah..






Hahaha...apa??nak tengok isi dalam...aii..suprise kan...so sabar la...jeng- jeng..ni la hadiah yang ibu dapat...



tak ada pun.....,mane.???




xada pun lagi





ha?? ni lah dia......jum tengok gambar










Jam tangan fossil..Ya Allah, lagi la ibu nanggis sebab jam ni mahal...ibu xmengharapkan ayah belikan benda mahal kat ibu...tapi itu hadiah dari ayah, tak kan ibu nak menolak kan..hadiah dari seorang suami..terima seadanya..Ibu xkisah pun xde hadiah pun taka pa... Terima kasih Ya Allah, berikan aku seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan bonus untuk aku suami yang romantic di mataku. Ayah, terima kasih tidak terhingga, semoga segala jasa baik ayah, diberkati oleh Allah SWT..Ayah, semoga ikatan yang suci ini kekal sampai ke Jannah..Semoga keluarga kita dilimpahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dijauhkan dari segala kesulitan. Aminn...



Ragam adik


Assalamualaikum wbt
Selamat tengahari...lalalala..Malas nak kleuar rehat..jum kite conteng kat sini. Hari minggu jumaat dan Sabtu masih masih belum berada di rumah sendiri. Tapi kali ini kami bertiga terpisah. Ibu dan Dhiya balik Pasir Mas, sementara adik balik Ipoh umah embah. Bukan ibu dan Dhiya tak nak ikut, tapi sebab kaitan dengan entry yang lepas.lalalala.
Ayah baca entry lepas terus sentap..uits ayah nak sentap kenapa?? Perlu ke ayah sentap dengan entry ibu minggu lepas..lalalala. Dhiya balik kampong minggu bagus sangat, semua orang Dhiya main elok je,mandi pun dengan paksu, ayah long dan juga mak long. Dengan tok ma ayah fai dan kakak sara pun Dhiya ok..So harapan ibu sangat la besar, bila balik Ipoh harap anak ibu ni sama macam adik balik Pasir Mas gak tau. Ayah tu sensitive sikit, kalo ibu bercerita pasal adik kat Pasir Mas mula la nak sentap,ibu bercerita ingtkan ayah faham, so ayah ngn ibu boleh mengharapkan minggu dpn balik Ipoh adik sama dengan kat Pasir Mas..Ni x ayah terus sentap..xfaham ibu.nak sensitive lak ayah dik..
 Cerita pasal dkt Pasir Mas, hari Khamis paksu, tok ma, kakak Sara dan pakngah wa dtg amik kita kat Tanah Merah.So kita balik Pasir Mas, ermm pagi jumaat paksu sembang dengan ibu pasal besday maklong dgn ayah fai..So kata sepakat jum kita sambut.So hari sabtu Besday maklong dgn ayah fai berjalan lancar dan ibu belikan maklong ngn ayah fai kek kakak sara pilih.Kita sama-sama p beli kek, dan KFC.hehe. Petang tu maklong, ayah fai, tok ma kakak sara mai hantar Ibu dan dhiya balik, rasa xpuas dok umah tokma.Pak su datang naik motor sekali hantar motor untuk kite.Yeaaa..kita dah ada motor, bestnya...
Minggu depan kita balik Ipoh plak, jumpe embah lanang, embah idok dan bibik ayang...sayang ibu jadi anak yang baik tau, xmo nakal2..xmo nanggis2 tau..Ibu nak adik macam kat pasir Mas, boleh bermain dan nak dengan semua orang.Jaga ati embah sayang, xmo la..tu embah lanang n idok adik tau...adik xsama dengan sepupu2 adik yang lain..semua membesar depan mata embah memang rapat la..tp adik ni jarang2 jumpe embah, so skrg tiap minggu kita balik Ipoh adik kena la belajar untuk baik dengan semua orang..anak ayah n ibu budak cerdik n budak baikkan..

Ibu sayang ayah dan ibu sayang Dhiya.bila agaknya eh Dhiya akan
dapat adik ekk...mesti bestkan kalo Dhiya ada adik
ermm kalo boleh adik lelaki nak???..
MOOD : teringin ada anak kecil buat kwn Dhiya..