Rabu, 16 Januari 2013

Impian ibu buat ayah dan dhiya


Insya Allah...Insya Allah
(Versi Maher zain)

Dalam suasana hepi, sebab kita dah lengkap satu keluarga..ada ayah, ibu dan anak (Dhiya)...tp kan..tetiba ibu terdetik dihati ibu, alangkah bestkan kalo tambah sorang lagi...nak2 kalo anak lelaki.so ada ayah, ibu, kakak dan adik..
Kalau ada rezeki lebih pe salahnya kan....hehe..tapi kalau rezeki untuk tambah sorang je lagi..kami redha...tapi biarlah tambah lebih..lalalala.Insyaallah...eii ibu ni ngada- ngada la..
Ya Allah, kurnikanlah kami anak-anak yang ramai, soleh dan solehah..Ibu teringin nak mengandung lagi, nak jaga anak kecil, nak cium bau anak kecil...wangi sangat. Dhiya masih wangi lagi dan sampai bila-bila akan wangi bagi ibu dan ayah..hehe.
Bila agak-agaknya ekk...lalalala..Tapi ibu tetap bersyukur sebab ibu dan ayah dikurniakan rezeki yang amat bernilai buat kami..kehadiran Dhiya. Semalam ibu tengah buat kerja, tetiba kawan ibu yang kat kampong tegur ibu chat at fb..mula2 tanya kabar ibu, tetiba dia ckp ‘ kalo ada orang nak bagi anak, bagitahu ekk”..ya Allah ibu terasa semacam je...tetiba ibu “syukur Alhamdulillah, kau berikan kami zuriat dr kami..”..ibu ada tanya kawan ibu, kenapa nak amik anak angkat..dah berusaha ke..??
Kawan ibu cakap dah bermacam-macam usaha dah..dh 7 tahun dia kawin, semua dah lakukan termasuklah jumpa pakar,dan pakar nasihatkan dia ambil anak angkat je.Manelah tahu, berkat amik anak angkat dia diberikan rezeki dapat zuriat sendiri..
Ibu tanya, suami dia setuju ke..’Iya, dia setuju”, malah suaminya minta kawan ibu kawin lain.Dia kecian kat kawan ibu..sebab berpunca dari dia.air maninya tiada sperma.Ya Allah, besarnya dugaan dia..Ibu yang dah ada anak seorang ni pun masih rasa kecewa sebab sampai sekarang ibu masih lum ada tanda-tanda nak mengandung, sedangkan ibu xpernah amik sebarang ubat selepas Dhiya lahir sehingga sekarang.Sebab ibu memang merancang nak tambah sorang lagi. Tapi ibu xde ckp kat ayah..lalala...jeles ibu, sebab makcik Ila mengandung, arif dah nak dapat adik.kwn ibu sorang lagi pun dah mengandung, sdgkan Dhiya lbh tua dari anak dia.lalala..tapi tu semua Allah dah tetapkan, rezeki datang dari Allah. Kun Faya Kun.. kalo Allah hendakkan sesuatu itu terjadi...maka KUN (jadilah)...
Jadi sekarang, Dhiya pun dah setahun lbh, ibu mengharapkan semoga ibu mengandung lagi...emm sambil2 lepak ibu  baca "Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya kurniakanlah aku zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau yang Maha memakbulkan" Amin...aci x ayah..ayah ntah baca ntah tidak...huhuhu..

Bulan lepas ibu xperiod, ibu ingatkan ibu dah mengandung..lalala..tapi tengah bulan 1..cik p muncul..xpelah,kita usaha lagi pas ni ayah...lalalalala...Tapi kalo tak jadi juga macamana ekk???..pasti kuciwa..ibu la, kalo ayah ibu xtau la...lalalala.

Ok lah, jum p sarapan lu...perut dah main muzik ni..

See u again


Ibu teringin hadiahkan ayah anak sorang lagi,
tak dapat tahun ni awal thn dpn..
Dhiya mesti nak adikkan..buat kawan..hehehe

XOXO...