Isnin, 14 Januari 2013

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan ke 2 tahun


Allahu akbar..allahu akbar
Maher zain


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih bernafas di muka bumi ini dh cm pengerusi majlis..haha. Subhanallah, Maha Suci Allah Ya Allah, terima kasih atas kesempurnaan yang kau berikan kepada kami. Kami dapat melihat, mendengar dan merasa dengan sempurna. insyaAllah, dengan kesempurnaan ini, kami akan gunakannya untuk beribadat kepada Mu..Ya Rahman, Yang Maha Pemurah, Ya Rahiim Yang Maha Penyayang.Syukur Alhamdulillah.

Ibu sangat-sangat bersyukur sayang, sebab ibu dapat hadiah dari ayah.Syukur Alhamdulillah, sebab Allah memberi rezeki yang lebih kepada ayah, dan ayah belikan ibu hadiah sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan ayah dan ibu yang ke- 2 tahun.

13.1.13- 8.15pm..tengah lepak makan maggi goreng sambil menonton berita. “Ibu, ayah ada benda nak bagitahu ibu”..tetiba ayah bersuara sambil tersengih2. “ape??”Tanya ibu. “ada la...(sambil sengih)..tp kalo bagitau ibu, terkantoi la semuanya, tp jap ayah nk basuh tangan.” Ayah nak lagi main tarik tali dengan ibu. “ala, ayah ckp je la, pe dia”..celah ibu mengekori ayah dengan membawa pinggan2 yang dh hbs isinya. “ibu Tanya smpai 3x je, ayah xjawab ibu dah malas tny...”ibu yang xsabar nak tahu mengugut ayah.” Ala, jap ekk, nak isap rokok jap..”..ayah masih lagi tersengih2 dan bermacam2 alasan. “x nak ibu...kalo ayah xnak bagitau skrg, ibu xnak dah..”...ibu yang tak sabar sebenarnya terus mengugut ayah. Ayah serba salah, ke hulu, ke hilir semua tidak kena.Selesai ibu basuh pinggan, ibu keluar.
“Ibu keluar dulu, nnt ayah panggil masuk, ibu masuk...”ayah menolak ibu keluar sambil memberi isyarat supaya ibu menyorok ke kanan sikit ditepi dinding.Ayah menutup pintu, 3 minit kemudian, “ibu, tutup mata..dan masuk”..ayah bagi arahan, setiap arahan yang ayah bagi ibu hanya mengikut.Dalam kepala ibu, bermacam2 yang ibu pikirkan..”ok, buka mata”...bila ibu buka mata, ibu terpandang satu bungkusan yang amat cantik di tangan ayah.. “hepi anniversary yg ke 2 ibu”..ayah bersuara. Ibu sangat terharu, ibu menanggis sebab terharu sangat-sangat. Ayah lak bagi macam tu, mau x menanggis ibu..so sweet sayang, ayah dhiya seorang yang romantik...hehe.
Nak tau, apa hadiah yang ibu dapat....jeng-jeng.....tengok je kat bawah..






Hahaha...apa??nak tengok isi dalam...aii..suprise kan...so sabar la...jeng- jeng..ni la hadiah yang ibu dapat...



tak ada pun.....,mane.???




xada pun lagi





ha?? ni lah dia......jum tengok gambar










Jam tangan fossil..Ya Allah, lagi la ibu nanggis sebab jam ni mahal...ibu xmengharapkan ayah belikan benda mahal kat ibu...tapi itu hadiah dari ayah, tak kan ibu nak menolak kan..hadiah dari seorang suami..terima seadanya..Ibu xkisah pun xde hadiah pun taka pa... Terima kasih Ya Allah, berikan aku seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan bonus untuk aku suami yang romantic di mataku. Ayah, terima kasih tidak terhingga, semoga segala jasa baik ayah, diberkati oleh Allah SWT..Ayah, semoga ikatan yang suci ini kekal sampai ke Jannah..Semoga keluarga kita dilimpahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dijauhkan dari segala kesulitan. Aminn...