Satu persatu gambar yang sempàt ayah rakam ibu slide...rumahku...tempat kami bermain,tempat tido,rumahku segala2nya berada di dalam rumah tu...suka duka pahit manis...hilang sekelip mata...tapi Alhamdulillah rumah masih ada...tetapi selepas ini tidak seperti dulu...berubah...smua berubah...
5.30pm
Ayah ibu tiada arah tuju nak...kami masing-masing menahan sebak didada...menahan dari gugurnya air mata ini.Ayah tanya pendapat ibu...sistem ibu tak sampai ke otak...akhirnya ibu tiada pilihan lain selain ajak ayah balik Ipoh.Ayah keluar dan akan cuba dapatkan kereta 4x4 untuk kami,sebab kebanyakkan jalan naik air.
7.30pm
Ayah balik dengan hampa,ayah tak noleh dapatkan kereta untuk kita.Disaat macam ni,semua perlukan 4x4,triton dan adik beradiknya...
Keputusannya ayah akan cuba lagi sekali esok...ok..kalau tak ada kami pasrah.Malam tu ayah temankan kita, sebab tiada orang lelaki selain ayah..dalam keadaan tiada letrik,tiada air,dan tiada talian telefon.
Kita tiada lilin,acik suzi keluar belikan makanan dan cari lilin tapai dah habis,semua kedai yang terdekat sudah kehabisan lilin.Acik suzi cuba dapatkan dengan kakaknya dala perumahan yang sama.Alhamdulillah dapat la 3 batang lilin kongsi-kongsi..
9.30pm
Auntie Ida balik dari kampung,tengahari suami auntie datang ambil bawak balik kampung sebab ada kenduri tahlil.Mlm tu auntie Ida terpaksa balik sebab air naik atas jalan,nanti esom dah taka dapat keluar.Tetapi suami auntie balik semula ke kampung.Sebelum balik,suami auntie Ida dapatkan lampu suluh untuk kita semua.
26.12.2014
8.00 am
Air tangki sudah habis,kami terpaksa cari alternatif..auntie Ida keluarkan periuk untuk kita tadah air,hujan turun tanpa henti..kita tadah air hujan untuk diisi dalam bekas bilik air,yang tu la nak basuh kencing berak anak2...nak buat wuduk.Bermacam bekas kami guna untuk tadah air.1 baldi je yang ada..lain2 guna macam2....
Maklumat yang sampai menyatakan air makin naik di Tanag Merah,terputus hubungan terus.Acik suzi yang nak balik K.Krai tengok family pun xlepas.Habis kita macammana???
12.00pm
Ayah dah pergi Tanah Merah,nak tengok keadaan rumah dan akan cuba sekali lagi dapatka kereta yang tinggi untuk kita balik Ipoh.Tinggal kite2 je kat rumah,kemudian kita pergi mandi rumah acik suzi.Sebab rumahnya air tangki msih belum digunakan lagi.
7.00pm
Ayah balik dengan dukacita...tak apalah ayah nekad apa-apa pun nak balik Ipoh guna WRY.Ayah cakap kena tunggu sehari dua lagi sebab air makin naik...sedihnya..
Tido pun lena tak lena ibu memikirka apa akan terjadi esok..ibu teringatkan tok ma...apa la nasib orang kat kampung...tok ma,mak long dan lain2...kita terputus hubungan,tak tahu berita..dah la semua yang keluar balik rumah cakap makanan kat stesen minyak dah habis,minyak pun habis.smpai da yg merayu2 kat kaunter.
Alhamdulillah anak-anak ibu bagai memahami kesusahan kita,anak2 tak meragam.Makan apa yang ada minum apa yang terhidang.
27.12.2014 (SABTU)
7.00am
Acik ni,akak cik suzi datang rumah bagitau cik suzi yang jalan dah boleh dilalui dan dia akan balik k.krai.Ayah dah keluar rumah pagi tu...
10.00am
Ayah balik,terus ibu maklumkan yang jalan dah ok,air dah surut,ayah minta ibu kemas barang2...dan hati tu jugak kita balik Ipoh..perjalanan yang sangat lame nak smp Ipoh.
Situasi semas nak balik Ipoh ibu akan coretkan lagi di part 3..
Nanti bersambung di part 3...