Khamis, 13 September 2012

masa untuk Dhiya

Assalamualaikum

Walau sesibuk mana pun ibu dan ayah, waktu cuti akan dihabiskan bersama anak tercinta. 6 Ogos sibuk dengan kawatan Perdana Menteri ibu terlibat kene bertugas, so ibu terpaksa amik adik lewat dari biasa. Hari  Sabtu ayah bawak kita p Hotel Grand River ada Jamuan Mesra Aidilfitri Kakitangan JPPK. Seronok Dhiya tengok ramai orang. Hari Ahad ayah ada program kat pejabat, ayah dh gtau kemungkinan akan to night at opis...tp ibu massage ayah 'i.m can't sleeping without u"..trs ayah ckp ok nnt ayah balik..hehe..

14, 15 dan 16hb September ni ayah plan nak bawak kita jejalan to Penang..seronoknya...nnt kita upload gambar kat sini buat kenangan ekk..
Assalamualaikum

Dhiya banyak yang telah ibu dan ayah pelajari untuk menjadi ibubapa yang cemerlang dalam mendidik anak2 .Ada masa lapang je ibu akan jumpa pakcik google nak cari maklumat.hehe..Dhiya pertama kali boleh meniarap umur 3bulan lebih...pas tu dhiya 5 bulan lbh pandai ke belakang..mngundur..sampai la dhiya 8 bulan dah pandai merangkak dan belajar untuk berdiri.Seronok ibu tgk..yang best mesti dhiya akan tunjukkan kat ibu..Terima kasih syg...ibu dan ayah sayang Dhiya..skrg dh masuk 9 bulan..hehe




gambar kenangan Dhiya

Sekian terima kasih


Rabu, 5 September 2012

Cinta Permata Hati Ayah dan Ibu

9.12.2011 - 6.00 pagi
 Ibu bangun sebab terasa nak kencing, trn dari katil aibu terasa sesuatu..air keluar dengan laju dalam ati ibu "xkan aku kencing kot" ibu trs masuk tandas kencing.Bila nak baring ada lagi air keluar.Ibu panik ibu kejutkan ayah cakap air dh keluar.Ayah terkejut tny ibu air ketuban ke, ibu jwp mane ibu tau..huhu
Ayah bergegas turun dr katil kejutkan bibik ayang bilik sebelah nak bawa ibu ke hospital.Embah bangun tny ibu n embah suh ibu mandi. Ibu ckp dah siap mandi..huhu..dan2 ibu mandi kan...

6.30 pagi 
Ayah bawak ibu ke Hospital Serdang ditemani bibik ayang. 6.45 sampai.Dhiya nak tahu, dekat2 ibu nk bersalinkan anak ibu, ibu tak sihat.Ibu batuk teruk.Siap daftar ibu disuh baring kat tempat yg septtnya.Doktor check jalan baru 2cm.sakit tau masa doktor check jalan.nurse bagi "green light" kat ibu kalo nk p makan..tp ibu ckp ibu xleh bgn sbb air trn xberenti dah basah semua baju.

9.00
Doktor pakar datang, ibu ke tandas.Doktor cari ibu, nurse cari kat tandas..Doktor Pakar bising ckp anak ibu dah berak, sbb air yg keluar warna light..ibu xreti sgt bhs doktor ni...huhu. semua doktor kalut call labour room nk admitkan ibu kat sana. 
9.30 pagi ibu dimasukkan ke labour room, kat sana ibu kena masuk air dan sampai la ptg ibu masih belum ada tanda nak bersalin.Akhirnya ibu kena reduce ubat  yg cecair melalui tgn,kol 4 ptg pun masih xsakit siap gelak2 dgn ayah lagi.kol 5.00ptg nurse dtg tunggikan meter ubat tu..30minit lepas tu yang teramat sgt..kol 6 ptg ibu dh xtahan ibu suruh ayah panggil nurse.Nurse dtg sipakan temat nak bersalin.Labour room kat sana mmg sorg 1 bilik best...hehe..

 6.15  ptg - ibu teran tapi xboleh...kol 6.20 ++ nurse mintak ibu teran lagi, ramai nurse dan doktor dtg.last2 doktor amik keputusan nk vakum.Ayah kena keluar sbb SOP.Ayah pun keluar, ibu menahan kesakitan kat dalam.Para nurse dan doktor bertugus lumus menyelamatkan seorg ibu dan anaknya. So adik kena vakum.
Berat Dhiya 3.65 maka 6.27pm keluarlah puteri ibu.Ibu ikut jam yang ada depan ibu...dalam bilik ibu ada 2 jam..hehe

Inilah gambar adik semasa dilahirkan..comelkan.

Kelahiran Pertama Puteri Kami

Assalamualaikum...
Sihat semua??
Anak ibu sihat??

 Sekian lama baru nak bercerita pasal kelahiran puteri pertama kami.Entry khas buat puteri ayah dan ibu Dhiya Firas Qistina Binti Mohd Firdaus.

Anak ibu,
Sebelum kelahiran anak ibu, ayah dan ibu dah berbincang ibu akan melahirkan anak ibu kat kajang umah embah.Tiap2 hari ibu akan bersama pakcik google..cari maklumat hospital mane yang terbaik buat ibu dan anak ibu.Alhamdulillah, ibu buat keputusan ibu nak lahirkan anak ibu kat Hospital Serdang.Bukan ibu tak nak lahirkan anak ibu kat Kelantan, tp banyak perkara yang menyebabkan ibu dan ayah buat keputusan lahir luar kelantan.

Sebelum ibu balik Kajang, ibu kena siapkan kerja2 ibu.Nak cuti 3bulan, ibu ambil cuti bersalin 3 bulan untuk anak ibu.Ibu last keje pada 25 hb Nov 2011.yipee leh rehat panjang.

26 Nov 2011 - Ibu dan ayah siap pg2 lagi nak balik Kajang,bulan 11 juga Mohd Arif Irfan dilahirkan 21.11.2011..dan semua keluarga ibu ingt ibu pun akan melahirkan anak ibu..seronok mereka ingtkan ibu leh berpantang bersama mak cik ila.Tp ibu dan ayah dah ada rancangan.Alhamdulillah seperti yang dirancang dan secara kebetulan umah tok ma naik air BANJIR..boleh tahan gak la.ALLAH MAHA BESAR..ALLAHU AKBAR..Allah selalu bersama org2 yg diniayai...ibu tipon tok ma dan bgtau yg nk balik Kajang coz due date 30hb Nov..nnt air naik payah plak.Alhamdulillah semua urusan ayah dan ibu dpermudahkan.

- Pagi2 lagi ibu dan ayah bertolak dr Tanah Merah melalui Gua Musang.Tp lum tu singgah makan kat kedai makan di Machang kdai ustaz..yang kelakar selipar sepanjang ibu mengandungkan ank ibu boleh tertinggal sebelah..ibu sedar2 masa nk berhneti kat Gua Musang..Kelakar pun ada. geram pun ada ibu sayang kasut tu. Ptg ayah ibu sampai Kajang.

27 nov 2011 setinggal 30 nov 2011 ibu masih belum ada tanda2 untuk lahirkan puteri ibu.Ayah lak terpaksa balik Kelantan sbb ayah kena lapor diri untuk bertugas ditempat baru. tggl ibu bersama embah, bibik dan sepupusepapat dhiya.

Seminggu telah berlalu, tap ibu masih belum ada tanda2 untuk melahirkan puteri ibu. Semua org risaukan ibu.Ayah pun balik Kajang, sebab ibu masih sebelum ada tanda ramai nasihatkan ayah supaya bawa ibu ke Klinik.Ibu dan ayah pergi Hsopital Serdang, tap nurse suruh pulang sbb nk surat pengesahan dari doktor kat sini.mana nak cakau weh..so kitorg p klinik kajang kat Semenyih.Kat situ ibu buat check up dab jumpe doktor minta surat dari doktor kat situ.Alhamdulillah mudah urusan.8hb Doktor Kajang refer ibu ke Hospital Serdang, pagi2 ibu dan ayah pergi. Dhiya tau x??ibu terangkan nape ibu datang tu kat nurse dan doktor, so dorg suh ibu baring..mcm2 ibu diperlakukan...dorg nk test jalan..tp hampa jln xbuka..banyak doktor mananyakan ibu..spttnya ikut period ibu mmg 9hb ibu akan lahirkan anak ibu tp doktor kat tanah merah ikut tarikh scan tu sbb jd 30hb. Doktor kat sana bising2 nape leh jd cm tu..nape x ikut period...pot pet je dorg..dan ibu leh keluar tggu sakit perut baru datang sini kata doktor.

Ibu dan ayah pun balik, ptg ibu dan ayah ikut wak shima dan wak bob ke Plaza Metro Kajang bayar bil, pusing2 kat atas tu..huhu..pas tu balik.....tido



Selasa, 4 September 2012

Cepatnya masa berlalu

Ya Allah pejam celik pejam celik dah pukul 5 ptg..dah nak balik..cpt la pulak masa ni...banyak lagi benda tak settle..kalau tak ada kerja Ya Rabbi lama sesangatkan masa tu nk berlalu..huhu
pe2 pun...jum la balik jumpa anak...
Ibu rindu kamoo Dhiya

Doa buat anak tersayang


Isnin, 3 September 2012

Citrawarna


Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
(mood raya lagi)

Setelah sekian lama menyepi rasa dah tak tahu nak tulis pe..banyak sebenarnya nak tulis tapi xtau nak bermula dari manakan...huhu

Sebelum tu saje nak bagitau yang aku dah kawin...alhamdulillah suamiku mohd firdaus dan kami dianugerahkan cahayamata yang sangat comel diberi nama Dhiya Firas Qistina.Sekarang dah 8 bulan 6 hari lagi genap 9 bulan...cptkan masa berlalu..
 Aku kawin 5 Feb 2011 dan rezeki kami cepat alhamdulillah bulan 4 aku disahkan hamil..hepi sangat kami.
Banyak suka duka aku masa majlis kenduri kawin, pas kawin..sume tu aku lalui dengan penuh sabar sbb aku ada suami yang banyak memberi aku motivasi.
Masa aku mengandung juga banyak yg aku tempohi...nnt aku anak buat catatan untuk suatu hari nanti boleh anakku tau kisah hidup ibunya dan jadikan pengajaran,kot2 la dhiya esok2 akan tanya kenapa dhiya dilahirkan di hospital serdang selangor..

Selepas aku disahkan hamil, suamikulah orang yang pertama sekali yang seronok sengih sampai nampak gusi..huhu.seminggu kemudian ada titisan darah kat penties aku, tiap2 hari ada suamiku dah risau2 trs bawa aku ke klinik ibu dan anak.Semasa di klinik nurse buka buku merah(ibu check up every month) dan refer aku ke hospital Tanah Merah.Kt HTM aku diwardkan 1 mlm...hampeh..geram je..doktor pakar bising nape wardard kan aku sedangkan fertus xnmpk lagi...esoknya aku discharges,,,sonoknya...yahooo...aku pun mengandung ler sampai la 9 bulan 10 hari...emm


come back

Alhamdulillah masih diberi nikmat yang tidak terkata...masih diberi kesempatan bernafas, berbahagia bersama keluarga, berjimba dengan kwn2..alhamdulillah...dh lama xtulis blog...ni startlah menulis...nk buat khas utk anakanda tersayang..