Rabu, 6 November 2013

PORT DICKSON- Grand Lexis Hotel-Cuti-cuti Malaysia 2013



Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin..

Assalamualaikum
Hai..

Cuti…cuti..cuti lagi. Itulah untungnya kita rakyat Malaysia ini…pelbagai agama dan bangsa yang membawa bersamanya pelbagai perayaan.Baru-baru ini, sempena cuti Deepavali  sambung ke cuti BOLA KELANTAN dan esoknya Awal Muharram membolehkan kita anak beranak serta family (belah ayah) “berehat” sebentar dari kesibukan dan kegilaan bekerja yang tidak ada penghujungnya.

Alhamdulillah… bila dapat cuti panjang ni ada rancangan cuti-cuti Malaysia..lagi pun kecian kat anak hari2 ibu ayah sibuk dengan keje, bila dapat cuti ni apa lagi pulun habis-habis la..hehe. Kemana cuti tu???hehe...kita ke Port Dickson...semua urusan percutian kita anak beranak diuruskan oleh Menteri Pelancongan keluarga kita iaitu Wak Shima dan Wak Bob Dhiya la....bab cuti-cuti ni bagi je kat dorang, luar Negara atau dalam Negara....tak de hallah..kita tukang ikut je belakang je, janji anak-anak hepi..hahahaha..

Kita dari Kelantan hari jumaat pagi bertolak ke Putrajaya, umah wak shima dan wak bob. Malam sampai, Dhiya dah jumpa sepupu sepapat emmm...kak ica, abg upi dan abg aiman, abg akmal pun ada...pe lagi tido pun lewat malam...huhu. Bukan selalu, lagi pun Dhiya dah besar, dah pandai nak berkawan. Tak tahan bila ayah marah suruh tido sepupu-Sepupu Dhiya masing-masing buat-buat tido..ehh..tetiba da yang dok menyengih lagi...dan pas tu lak siap kaco orang...uitss...anak sendiri rupenya xmakan saman.ibu gelak je...hahahahaha.


RAGAM BUDAK BILA SEMUA DAH BERKUMPUL


uitsss..da yag sengihh...

ha...Dhiya la yg mulakan dulu

panjat abang upi/ ati(Dhiya pggl)


Dalam pukul 1130pagi kita gerak ke PD...nak ke PD ada dua jalan, satu jalan ikut highway dan satu lagi ikut Sepang, jalan dalam...Wak Bob bawak kita ikut jalan dalam, nasib baik kalo ikut highway jem lorhh..Wak Suzi post kat FB nak ke Melaka jem...huhu..Lalu ikut Sepang sempat la Dhiya tgk kapal terbang kat udara...tak ada la bosan sangat dalam kereta.

Kat PD kita bermalam kat HOTEL GRAND LEXIS..dengar-dengar baru je tukar nama dulu nama (dulu dikenali sebagai The Legend International Water Homes).Waktu check –in hotel ni jam 3 petang, so 1130 pagi gerak dah ok la...sekali berenti makan tengahari bagai...Bila sampa hotel, mak aih..banyak tol kereta, masuk dalam lobi pun ramai gak orang.Cuti panjangkan...hehe..Parking pun susah nak dapat kat bawah..kalo ada pun ada atas bangunan..

Bila biliknya sudah jauh ke tengah laut (sebenarnya…taklah ke tengah mana sangat pun), untuk menapak membawa bag untuk ke bilik dari lobi hotel memang agak kemalasan dan kepayahan juga pastinya, nak-nak dengan macam ibu ni ha bawak adik dalam perut.Masa ni ibu mengandungkan adik dalam 5 bulan. Tapi jangan risau, pihak hotel menyediakan buggy services yang boleh dicalling-calling untuk diminta menghantar dan mengambil kita dari/ke bilik masing-masing.

Ehh bercerita panjang pun tak bestkan kalo tak tengok view bilik...menarik tertarik kau memang the BOOMMM la...sebab ada pool kat bilik.yang best kita book 2 bilik tapi 1 bilik tu untuk tido je..hahaha..bak kata embah idok..malam je balik umah sdr...sinag hari datang umah embah...hahahaha...

Bila tengok pool anak buah termasuk la anak sendiri yang baru setahun jagung tu tak sabar nak berendam...ermm masing-msing merengek dengan ibu bapa masing-masing...dah settle sume apa lagi jummm kita terjun..Orang pertama rasmi pool ni orang paling kecik...sapa lagi kalo bukan anak ibu...orang lain sibuk tukar baju bagai, anak ibu main hentam gitu je..buka baju,buka pampers....gooo...hahahaha...


Ehh...eh...terlebih la...nak bagi tengok gambar sebenarnya..hehehe



Ni la kalo nak tengok harganya...Bilik kita Premium ke Executive ntah ibu pun tak tahu
 nak tengok gambar apa yang ada dalam bilik ni silalah SCROLLkan tetikus tu ya....jimat ruang...

Nilah pool dalam bilik...ketinggi/kedalaman air tu 4 feet ok..kanak-kanak kena ati2,,,Ada katak lagi tu

pemandangan kat luar

ada microwave...xsia-siap bawak makanan..leh panaskan...


dalam bilik ada ni...utk tengk ikan dan air..Dhiya suka lepak sini

ruang dapur

ruang bilik mandi...yg best ada 2...utk mandi dn "membuang" dorg asingkan...



Kat sini kalo nak privasi ok la...anak beranak je mandi dalam kolam tu..kolam dalam bilik...kalo bawak makanan masak je kat dalam tu, xyah keluar makan pun tak apa..sebab sume kelengkapan adakan...cuma bawak pinggan kertas dan dapur letrik serta bahan-bahan nak masak la...Ehh...ibu xtipuu tau..sebab ibu tengok kat lobi, ha..macam-macam tong besar dorang bawak...mesti masak kat situ.Jimat..hehe..ag pun selesa la kat situ.ala setakat 1 malam bawak je makanan yg dalam tin tu..microwavekan ada...panaskan je..opss yang penting ...WIFI pun ada okeh....boleh la berinternet..hehe.

tu gambar dalam bilik...Kita ke sana bukan tangan kosong, bibik ayang bawak kek...sempena hari jadi embah lanang 18.11 ni...hehe...pas mandi manda kita makan-makan..jum layan gambar yang ibu sempat snap...lalalala.eh bilik kita atas air tau...cam gambar kat atas tu yang tengah-tengah ada cermin, yang tu leh intai ikan, bagai...kalo air surut tak dapat la...hehe

hahahaha...jum la layan gambar-gambar lagi..kenang-kenangan tu...hehehe



Yang ni pun SCROLL GAK tetikus tu kalo nk tengok gambar



cakkk...

jgn wat atomen dah la

ahahaha...

Makan malam kat Ikan Bakar Medan Ikan Bakar MPPD


tak sabar tunggu nasi

ni nak balik sempat lepak lu.hehe






KAT BAWAH NI AKSI DALAM KOLAM RENANG dan MENJAMU SELERA SELEPAS BERENANG

ha ni lah orang yang rasmi kolam...huhuhu..seksi gitu
tengah mandi manda anak beranak
hehe...
ayah dan kakak...xnak pakai pelampung
tu bibik ayang...Dhiya panggil titik/cicik ayang
ni pas mandi...tengok ank ayah ibu..lapor ke kakak
amboiii syg ibu ayah ni
sempat lagi tengok orang punya
dah kenyang ke sayang
ni masa potong kek...hehe..berebut2. masing2 nak
ehh..dhiya dpt pengang pisau...hahaha

       Dah panjang lebar ya ibu bercerita, gambar pun ibu masukkan skali je...hahaha...layan je gambar-gambar tu semua.Tahun depan kita ke Sabah lak INSYAALLAh dengan izinNYA...tunggu adik keluar lu..hehe

Salam sayang,

Ibu Dhiya
Nota Kaki : Kalo diIzinkan Allah, ibu ayah akan bawak Dhiya dan adik p jalan-jalan ya...Walaupun ibu xlarat tapi bila ank hepi ibu ayah pun hepi