Ahad, 23 Jun 2013

Percutian ke SARAWAK

Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin..

Wah..lame betol tak updated blog ni...bulan 5 memang amat sibuk.Bulan Mei kena bertugas bilik gerakan sempena PRU13..huh..memang kekangan masa betol la.Masa ayah bersama adik dan ibu pun kurang..hehe..
Tapi Alhamdulillah, 11 Mei 2013 hingga 13 Mei 2013 kita semua ada percutian hari keluarga ke SARAWAK.Kita bertolak dari Kelantan hari khamis, balik Ipoh dari Ipoh kita ke Putrajaya. Sabtu 4.30 pagi kita bertolak ke LCCT naik tren..wah....awal pagi tu..hehehe.
Kita sampai kat Sarawak pukul 11.30 pagi, Airport Kuching. Dari airport kita terus ke hotel Harbour View. Tinggal beg kita teruskan perjalanan ke Kampung Budaya, Gunung Santubong.
Dari Kampung Budaya kita balik hotel, mandi jam 8 malam kita keluar makan.Makan kat TOPSEAFOOD..erkkk..mula2 ibu hilang terus selera makan sebab CA YA NUN ALIF...tapi lapar punya pasal adik pun dah meragam, ibu telan je nasi tu..telan janji perut terisi, kalo ibu pikir tukang masak memang langsung ibu tak boleh telan.hehe..
Pas makan balik hotel tido...esoknya trip kita ke pasar Siriken. Ya ampun, panas sangat cuacanya.Tekak ibu dah perit2..minum ais..lagi perit..kat pasar tu ibu beli baju sehelai je...dah tu xbeli apa- apa.Memang teringin nak beli, tapi ibu malas nak memilih dengan adik pun cam nak meragam je...ibu batalkan niat ibu.Lain kalilah ibu beli..lagi pun ibu tak bawak duit banyak pun, ayah dah cakap nak beli apa-apa bagitau ayah...tapi tu la...ibu pun bukan yang jenis Nampak itu nak, Nampak ini nak...ibu kan kedekut, ayah x...ayah boros..lalalala....huhu..
 Kita shopping baju kat ayah fai,paksu, kakak sara, kat Waterfront..kat situ ayah shopping banyak barang. Pas shopping kits semua balik bilik. Keesokkan harinya kita p lawati muzium kucing...mula2 ingat kucing real..sampai sana...erkk kucing..tapi cantik, dan cute...hehehe..

Pas p muzium kucing, kita terus ke airport,suara ibu xyah citer...langsung xde...erk...semua kepenatan...Dipendekkan cerita, kita sampai umah wak shima dalam pukul 9malam..hehehe..


Percutian ke SARAWAK bersama Family belah ayah... 


dalam kenangan, 

Ibu Dhiya
dlm flight MALINDO

kat Airport Sarawak

Kat Waterfront

Kat pekan Siriken

ni kat ETS..beli tiket meh

Pasing dlm kete

pekena aiskrim lu...

turun flight..dh smpai KL...