Khamis, 2 April 2015

BANJIR 2014 PART 3

Assalamualaikum

Ibu nak sambung pasal banjir, memang ambil masa yang agak lama, sebab banyak perkara penting yang terpaksa ibu selesaikan dulu. Insyaallah ibu akan sambung cerita kita hadapi banjir besar yang melanda Kelantan 2014.

Perjalanan kita dari Kelantan ke Terengganu, dari Terengganu teruskan perjalanan, sambil ayah bawa kereta sambil bertanyakan jalan-jalan yang boleh kita lalui untuk ke Kuala Lumpur. Dalam kepala ayah dan ibu hanya Kuala Lumpur tempat kita akan tuju selepas keluar dari Terengganu, sebab Terengganu adalah kawasan banjir jugak.Ayah call uncle Alif, dan ayah bob. Uncle Alif dorang family dah lepas balik KL, ayah tanya jalan, uncle Alif siap WhatasAPP. Di belakang ibu sibuk dok berhubung dengan pak teh dan pak chu. Dorang bimbang keadaan keluarga di kampong sebab langsung tak boleh berhubung.

Bila ibu bagitahu jalan mana yang kita akan lalui, dorang pun balik dari KL..Allah Maha Mengetahui, bila tiba di Maran, Highway kita terpaksa patah balik ke Gambang sebab air sudah memenuhi jalan highway...dugaan lagi untuk kita, terus ibu sms pakchu, pak chu dah sampai Temerloh, jalan ok katanya. Ibu bagitahu yang kita terkandas kat Gambang sebab Maran dah tak boleh lalu, kereta terpaksa patah balik, sama ada tido di hotel Gambang atau RNR Maran. Kita sampai di RNR,orang ramai, terlalu ramai yang terkandas.Ayah hilang punca, anak-anak Alhamdulillah tak meragam.Adik susu ibu ada, kakak lak terpaksa bancuh susu dengan air mineral.Tapi kakak ok je.Ayah call ayah bob, kat Ipoh semua dah risaukan kita.Keluarga di Pasir Mas langsung tak dapat berhubung.

Masa tu dah pukul 10.00 malam, ayah berenti di stesen minyak KM 26 Jalan Gambang, ayah bertanyakan pekerja stesen minyak mana-mana ada hotel bajet. Ayah dapat makluman dekat area situ taiada hotel bajet, semuanya mahal, rasa tak berbaloi kita nak tido satu malam.Esok pas subuh kita dah nak gerak balik Ipoh dan akan melalui Muadzam Shah.Ibu Call pakchu dan pak teh, akhirnya dorang pun terkandas di Temerloh.Kita anak beranak tido bertilamkan kerusi kereta dan Alhamdulillah anak-anak tido lena dalam kereta dan ibu Alhamdulillah jugak ibu bawa selimut dan toto serta bantal untuk anak-anak ibu.

28.12.2014 (Ahad)
6.00 pagi

            Dapat panggilan dari ayah bob dan ayah Udin bertanyakan kita di mana, 30 minit selepas itu, dorang sampai, ayah dan ibu sebak tapi kami berpura-puramacam tiada apa-apa, tapi dalam hati yang Allah saja yang tahu, apabila melihat dorang sampai dari Ipoh.Perjalanan mereka 8jam nak sampai ke Gambang, Pukul 7.00 pagi kita teruskan perjalanan keluar dari stesen minyak tu dan terus menuju ke IPOH.

4.00 petang
Kita sampai di Ipoh dan drama airmata berlangsung...Alhamdulillah sepanjang perjalanan kita anak-anak ibu tak meragam, tak berak tak kencing...mungkin anak-anak ibu faham situasi kita pada masa tu kan...


Seminggu ayah ibu cuti keje sebab pulihkan mental dan fizikal memandangkan rumah kita sangat teruk.Hanya orang yang mengalami sahaja yang akan rasa, tak sama dengan yang memandang. Tapi Alhamdulillah masing-masing faham akan keadaan orag yang alami semua bagi semangat untuk ibu dan ayah...kami fobia kalau hujan lebat dan xde letrik.
Salam sayang
Ibu...


Rabu, 31 Disember 2014

KRONOLOGI BANJIR 24122014 PART 2

Sekarang jam 1.45am...anak-anak ibu tido dengan lena,masing-masing dibuai mimpi indah.Bertemankan dekuran ayah...ngeee...jum sambung kisah kita...

Satu persatu gambar yang sempàt ayah rakam ibu slide...rumahku...tempat kami bermain,tempat tido,rumahku segala2nya berada di dalam rumah tu...suka duka pahit manis...hilang sekelip mata...tapi Alhamdulillah rumah masih ada...tetapi selepas ini tidak seperti dulu...berubah...smua berubah...

5.30pm
Ayah ibu tiada arah tuju nak...kami masing-masing menahan sebak didada...menahan dari gugurnya air mata ini.Ayah tanya pendapat ibu...sistem ibu tak sampai ke otak...akhirnya ibu tiada pilihan lain selain ajak ayah balik Ipoh.Ayah keluar dan akan cuba dapatkan kereta 4x4 untuk kami,sebab kebanyakkan jalan naik air.


7.30pm
Ayah balik dengan hampa,ayah tak noleh dapatkan kereta untuk kita.Disaat macam  ni,semua perlukan 4x4,triton dan adik beradiknya...

Keputusannya ayah akan cuba lagi sekali esok...ok..kalau tak ada kami pasrah.Malam tu ayah temankan kita, sebab tiada orang lelaki selain ayah..dalam keadaan tiada letrik,tiada air,dan tiada talian telefon.

Kita tiada lilin,acik suzi keluar belikan makanan dan cari lilin tapai dah habis,semua kedai yang terdekat sudah kehabisan lilin.Acik suzi cuba dapatkan dengan kakaknya dala  perumahan yang sama.Alhamdulillah dapat la 3 batang lilin kongsi-kongsi..

9.30pm
Auntie Ida balik dari kampung,tengahari suami auntie datang ambil bawak balik kampung sebab ada kenduri tahlil.Mlm tu auntie Ida terpaksa balik sebab air naik atas jalan,nanti esom dah taka dapat keluar.Tetapi suami auntie balik semula ke kampung.Sebelum balik,suami auntie Ida dapatkan lampu suluh untuk kita semua.


26.12.2014
8.00 am
Air tangki sudah habis,kami terpaksa cari alternatif..auntie Ida keluarkan periuk untuk kita tadah air,hujan turun tanpa henti..kita tadah air hujan untuk diisi dalam bekas bilik air,yang tu la nak basuh kencing berak anak2...nak buat wuduk.Bermacam  bekas kami guna untuk tadah air.1 baldi je yang ada..lain2 guna macam2....

Maklumat yang sampai menyatakan air makin naik di Tanag Merah,terputus hubungan terus.Acik suzi yang nak balik K.Krai tengok family pun xlepas.Habis kita macammana???

12.00pm
Ayah dah pergi Tanah Merah,nak tengok keadaan rumah dan akan cuba sekali lagi dapatka  kereta yang tinggi untuk kita balik Ipoh.Tinggal kite2 je kat rumah,kemudian kita pergi mandi rumah acik suzi.Sebab rumahnya air tangki msih belum digunakan lagi.

7.00pm
Ayah balik dengan dukacita...tak apalah ayah nekad apa-apa pun nak balik Ipoh guna WRY.Ayah cakap kena tunggu sehari dua lagi sebab air makin naik...sedihnya..

Tido pun lena tak lena ibu memikirka  apa akan terjadi esok..ibu teringatkan tok ma...apa la nasib orang kat kampung...tok ma,mak long dan lain2...kita terputus hubungan,tak tahu berita..dah la semua yang keluar balik rumah cakap makanan kat stesen minyak dah habis,minyak pun habis.smpai da yg merayu2 kat kaunter. 

Alhamdulillah anak-anak ibu  bagai memahami kesusahan kita,anak2 tak meragam.Makan apa yang ada minum apa yang terhidang.

27.12.2014 (SABTU)
7.00am
Acik ni,akak cik suzi datang rumah bagitau cik suzi yang jalan dah boleh dilalui dan dia akan balik k.krai.Ayah dah keluar rumah pagi tu...

10.00am
Ayah balik,terus ibu maklumkan yang jalan dah ok,air dah surut,ayah minta ibu kemas barang2...dan hati tu jugak kita balik Ipoh..perjalanan yang sangat lame  nak smp Ipoh.

Situasi semas nak balik Ipoh ibu akan coretkan lagi di part 3..

Nanti bersambung di part 3...