Selasa, 27 Ogos 2013

Berhari Minggu


Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin..




Assalamualaikum

Hari ini hari selasa...hehe..ibu nak stori yang hari minggu punya citer.Jumaat ibu dan kakak Dhiya lepak kat rumah je..
 Ayah lak masuk pejabat ada keje yang perlu disiapkan sebelum 27.8..hari ini la..hehe.
Sebelum ayah pergi pejabat, ayah bawak ibu dan Dhiya p sarapan, pas sarapan kita ke pasar besar Tanah Merah..beli ikan selar dan pucuk paku..ibu nak masak lemak cili api pucuk paku.hehe
Alhamdulillah, hari jumaat tu walaupun adik meragam siap gak ibu masak, ibu masak simple je coz nak masuk perut sendiri..hehe..main campak-campak je la, sambil kakak menanggis la dan macam-macam ragam kakak buat kat dapur tu.hehe
Rezeki kita..masa tengah masak, cik ayu jiran belakang rumah kita bagi solok lada....pe lagi memang masyuk la solok+ikan goreng+pucuk paku..perghh..makan seselera mungkin..angan-angan...sudahnya makan sambil buaikan dhiya pas mengamuk..sebab lapar dah ibu makan sambil buaikan kakak la..kakak tak cian kat ibu ker??
Ayah balik petang tu, kita kuar buang sampah dan ronda-ronda naik moto pusing taman..hehe
Esoknya hari sabtu ayah pun kena masuk pejabat lagi, kol 5 ibu bangun air paip tak ada...ibu biarkan paip terbuka..dalam kol 6 air dalam baldi penuh...ayah bangun...pas tu air terus tak ada.Ayah cadang kita ikut ayah ke pejabat.Sebelum pergi pejabat ayah, kita tunggu vendor astro nak datang umah..nak tukar beyond PVR...perghh..dpt offer dari astro..mane xnya...sebulan RM132.50..tengok tv kejap-kejap je..hari minggu bukan ada kat rumah pun..hehe.Pas ni ada leh record citer, kita record citer yang kita nak tonton, yg pasti citer puteri kami KAROOT KOMEDIA X..hehe.

Kol 11 pagi orang tu pun dtg, pasang tung tang tung tang, kita pun p pejabat ayah...lepak pejabat ayah sampai petang kol 3.30pg balik tu sebab kol 6 ptg ayah ada temujanji dengan orang besar Kelantan...doakan semoga ada rezeki kakak dan adik..hehe

Membaca..peace

semoga rajin membaca smp bila-bila

tau ke tengok pelan tu kakak

ada gaya x....ayah nak tolong tak bagi

ecehh...ecehh/

yng oren tu measuring wheel..kakak panggil basikal..bantai je la kakak

nilah beyond PVR

recodernya warna hitam yang ats tu..

Rekoder ni kad masukkan kot tepi...pas tu lak remote warna hitam cm atas kotak tu..

OK lah, sampai setakat ni dulu ibu ercerita..yang hari ni..tengok la kalo rajin sambung jap lagi...
TATA TITI TUTU

Salam sayang,

Ibu Dhiya

Selasa, 20 Ogos 2013

Dhiya jatuh dan batuk terus muntah


Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin..

Assalamualaikum... 

Hari ini 13 syawal...so masih mood raya lagikan...hehe..Alhamdulillah duit raya Dhiya pun belum putus-putus lagi...rezeki anak..hewhew...Tunggu habis syawal, nanti kita kira sama-sama ekk duit raya, termasuk duit dalam tabung Tahung Haji 2 biji, Tabung Burung Nuri bank rakyat dan Tabung Khas yang ayah beli masa Dhiya lum lahir lagi..(kompem duit syiling +duit kertas hasil sumbangan ayah n ibu )..mesti banyakkan..so nanti keje ibu la yg akan bank inkan duit Dhiya sebab ibu yang terdekat dengan bank. Lagi pun sekarang ni kat Tabung Haji bila ibu turun nak p beli makanan Ya Allah ramainya orang...Ibukan penyewa tabung haj, tu yang tau orang ramai ke idak sebab hari-hari lalu depan pintu Tabung Haji,hehe...pe2 tunggu pas raya la ekk baru kita uruskan pasal duit Dhiya.
 Ibu nak cerita pasal Dhiya...sekarang umur 1 tahun 8 bulan, lasak???husshh...memang lasak..panjat memanjat ni perkara biasa bagi Dhiya.pernah sekali, Dhiya leh panjat meja makan yang tinggi tu...Rasa nak jatuh jantung ibu tengok.Malam 18 Ogos 2013, Dhiya panjat kerusi, benda nak jadikan...tengah syok Dhiya lepak kat tempat letak tangan tetiba Dhiya jatuh. Masa tu ibu pergi dapur ibu dah pesan kat ayah tengokkan Dhiya.Ntah macammana Dhiya jatuh xsempat ayah nak tolong..pe lagi sakit la...menanggis la..lebam kat atas kening, dan tepi mata cam tercalar sikit xtau terkena apa..
19.8.2013, Ayah balik keje lewat 10.00mlm baru ayah sampai umah. Dhiya main gelak2 dengan ibu, ayah balik..Dhiya nak tolong ayah bukakan stoking...pas buka stoking Dhiya bawak stoking tu nak letak ntah terkena apa ..tetiba Dhiya dah jatuh terhantuk kat dinding..kepala pulak benjol..Alhamdulillah ibu baca ayat kursi dan sambil usap-usap kat bengkak tengok pagi ni xberapa nk ada..Berkat ayat kursi..Alhamdulillah kalo Dhiya demam ke, sakit ke..dan terkena apa-apa ibu tak pernah lupa baca ayat kursi pas tu hembus tempat yang sakit..Mohon kurangkan sakit anak ibu...Insyaallah...
Masa Dhiya menanggis tu dhiya muntah... sebab kuat sangat menanggis Dhiya batuk, terus muntah..nasib baik semalam ibu sempat bawak p sinki...yang kemarin tak sempat..ibu capai apa yang terdekat dengan ibu buat back up..tapi habis dengan baju-baju ibu...xpe anak ibu.
Pagi ni kol 5.30pagi Dhiya nak wai (buai)..ayah bangun buatkan susu...kalo nak buai tu nak susu la tu...ibu dengan ayah sambung tido , dhiya dalam buai minum susu..tetiba ibu terdengar dhiya batuk-batuk..tetiba...??????????Dhiya muntah lagi...hbs kena rambut, bantal dan buai...ibu angkat cepat-cepat dhiya..dekat mulut ibu lak terkena muntah..nsb baik bau susu...kalo selain susu mau ibu join sekali Dhiya muntah..hahahaha..5.30 pg Ibu mandikan Dhiya, shampoo rambut, sabun badan..pakai pampers..sambung tido atas katil...Alhamdulillah Dhiya lena...6.30 ibu n ayah pun bangun...
Untuk idak menghampakan Dhiya, rini Dhiya nak naik motor p umah cik pah..ayah bawak Dhiya p beli nasi dan terus g umah cik pah, sementara ibu p dulu umah cik pah hantar beg Dhiya...cian ibu tengok Dhiya..sekarang badan Dhiya dah kurus..risau ibu...Dhiya tak sihat ke??? Ya Allah Ya Tuhanku, sihatkanlah Dhiya Firas Qistina, Jauhilah Dhiya dari segala penyakit yang berjangkit...

Oklah dah panjang lebar ibu bercerita, ibu ingat pas ni nak citer pasal ibu buka buku merah kat klinik...yg ni ibu akan stori mori kat permata hati ke 2..hehe...

Pe2 pun ibu dan ayah sangat sangat sayang kat anak-anak ayah n ibu...Semoga kalian menjadi orang yang berguna...Insyaallah.

Salam sayang,
Ibu Dhiya


Ahad, 18 Ogos 2013

Contest: Family Potret Raya.

Contest: Family Potret Raya.


Assalamualaikum


Nak join contest ni,tapi nak tepek lebih dari satu gambar boleh la ekk...




ada pertandingan Contest: Family Potret Raya.



Psstt...mak ica da buat Contest: Family Potret Raya la....ibu teringin gak nk join..hahaha...biar la blog ibu xsemeriah dorang...sebab blog ibu untuk coretan anak ibu akan datang..apa-apa pun ibu nak gak join...mana gambar ibu nak pilih ni...erkkk...

best-best je bia tengok blog masing-masing jum tengok sini

tension la nk pilih gambar...huhu


PART 2 : SAMBUT RAYA AIDILFITRI 1434 H

Assalamualaikum
Jum bersambung entry berikut. Masa kita sampai umah kat umah embah idok dah sibuk masak. Embah anang pun sibuk buang sampah, masak ketupat dan buat lain-lain kerja.Embah idok, dengan embah yati serta bibik ayang buat masak-masak rending daging, kuah laksa dan masak lauk pauk nak buat berbuka.

8.8.13 Khamis, adalah hari yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia. Raya...yea...bangun awal-awal mandi siap-siap pakai baju raya pergi sembahyang raya kat masjid. Tapi ibu xpergi L....bukan apa dah la pagi ni Dhiya bangun tido mengamuk serba serbi tak kena.Ntah angin apa yang melanda Dhiya pagi raya. Pagi tu embah idok, wak nurul ibu dan Dhiya je tak pergi sembahyang kat masjid..tapi kat rumah pun sibuk gak..buat persiapan untuk tetamu, sebab lepas solat raya kaum2 bapak beramai-ramai akan buat kunjungan dari rumah ke rumah..pada yg menjemput la..tapi tahun ni xsemeriah cam tahun lepas...tak banyak rumah yg buat tahun ni..tapi rumah embah Alhamdulillah tradisi ni masih ada..embah akan buat tiap-tiap tahun..rugi kata embah idok..makin lama makin hilang la...

Raya ke 2 kita balik Kelantan, raya umah tok ma lak...makcik dan pakcik sepupu-sepupu sebelah P.Mas pun nak jugak jumpa Dhiya. Cuti masing-masing dah la semput. Macam maklang, kalo Dhiya tak balik raya haji nanti la jumpa...ayah teh dan anak-anaknya Dhiya tak jumpa pun lagi...tapi tak apa raya haji nanti kita raya P.Mas..tapi raya haji biasa la sibuk dengan nak sembelih lembu, dh la cuti tengah-tengah hari selasa lak tu.xpe2 kita raya je.sebab raya haji ok la walaupun tak meriah tapi ada gak kunjung mengujung dan akan dihidangkan nasi+daging..hehe..tunggu giliran raya tahun depan P.Mas bersama adik..Insyaallah.

Pe2 jum layan gambar-gambar raya..yang baju tak seragam tu raya pertama, memang tiap-tiap tahun raya pertama baju bebas, raya ke 2 baru akan pakai sama “calour”...huhu..sebab raya kedua kita sumua akan bersalam-salaman..Raya pertama memamg tak sempat..kaum2 bapak p beraya..dulu bersambung pas zohor dan sambung asar..tahun ni sampai waktu zohor dah xde sambung2 dah...




















nak tengok gambar klik je kat gambar


Salam Sayang 
Ibu Dhiya 1434H

Part 1 : SAMBUT RAYA AIDILFITRI 1434 H

Assalamualaikum...
SELAMAT HARI RAYA ...SELAMAT HARI RAYA...SELAMAT HARI RAYA.
         Jum bercerita pasal raya...lalala...Tahun ni raya kat Ipoh, Desa Seri Chepor umah embah.Bertolak balik tengahari Rabu, esok Khamis dah raya. Memang ibu dan ayah tak amik cuti pun sebelum raya sebab selepas raya dah amik cuti. Tu pun atas sebab umah embah Ros ada kenduri kawen paman Ijad..kalo x..xde cuti..huhu..Melampaukan..nk jimat cuti punya pasal..hahahaha...
Petang sampai Ipoh, Dhiya kena tinggal oleh ayah dan ibu, hehe..sori bukan tak nak bawak tapi memang sengaja tak mau bawak ..lalalala...bukan apa nanti apa yang dicarai tak dapat, yang dapat penat kejar Dhiya berlari sana sini je.Kami keluar pergi Jaya Jusco sekarang AEON yg dekat tu je..bkan jauh pun yg tepi jalan tu je.huhu.
Tau tak kenapa pergi JJ...ayah nak beli baju...sebab seminggu sebelum raya dah pergi KB MALL, tapi Dhiya bila dah dapat baju terus nak mengamuk berlari sana sini,.xlarat ayah nak kejar..hahaha..kat KB MALL kasut ibu je..lain2 sumua baju Dhiya...perghhh...awak nikan...saje je..dapat barang dia terus tak mau diam.
Masa kat JJ kami pusing-pusing dalam tu, pergi kat baju lelaki cari jenama JEEP...tapi hampa setelah bertanyakan adik yang kerja kat situ..JEEP tiada dalam tu..ayah sangat KECIWA...so jalan punya jalan..hehe...ayah pergi kat area baju kanak-kanak..apa lagi ada penambahan lagi baju Dhiya.Baju tido pun nak baru ka...tu ibu punya pasal la...kahkahkah..bukan apa masa kat KB MALL tak jumpa baju tido cantik-cantik..kihkihkih..baju Dhiya selesai dapat la 4 pasang...mak aii..RM 150 ++..tu dia ehh..tp frust ada satu baju tu gak harga yg tertera Rm59.90 tp ibu amik la bila kat umah koyak tanda harga kat atas..tengok2 harga asal RM39.90..perasaan ibu geram je..ayah diam je..
Pusing-pusing lagi..masuk lak kat area wanita...ayah tanya ibu tak nak beli baju ke???geleng kepala..lalu la depan baju-baju pregnant..haha yang geleng td terus hilang yang datang hanya dok pilih..kahkah..ayah pilih baju mengandung untuk ibu..ibu cari-cari jumpa la kain hitam (skitr labuh)untuk orang mengandung...pe lagi terus ambik , kain dan baju 3 helai RM150 gak...hahaha..ayah punya langsung tak dapat...ibu dengan Dhiya yang dapat.hahahaa.
Balik rumah,7.32pm buka puasa ramai-ramai...best...pas maghrib ayah pasang mercun bunga api yng meletup ka atas tu...dan budak –budak main bunga api..2 minit pas tu pung pang pung pang dah macam perang lak dengar..sana sini...masing2 lawan...hehe..

Panjangnya...apa2 nanti sambung di entry lain lak...hahahaha..
lum masuk citer pada hari raya.

kenangan raya
Ibu Dhiya 

Khamis, 15 Ogos 2013

Umum Blog Baru

Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin..


Assalamualaikum

Belum terlambat untuk ibu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

           Apa khabar, sihat ke???huhuhu...ibu alhamdulillah sihat dan Insyaallah semoga sepanjang ibu mengandung ni harapan ibu semoga sihat-sihat sahaja.

        Rajinnya ibu conteng-conteng kat sini..huhu..sebenarnya ibu tengah mood raya lagi, jadi mood keje tu belum sampai walaupun ibu dah masuk keje. Kalau ibu ada cuti banyak mau ibu sambung cuti..Agak-agak minggu depan baru ibu nak masuk keje. hehe

      Alang-alang ibu kebosanan pe lagi ibu buka blog..ermm ibu ada blog tambahan..iaitu blog untuk adik dhiya..ni laman blog tu...KLIK LA SINI NAK P BLOG ADIK DHIYA...hahaha..saje ibu buka blog tu, masa Dhiya lu bukan ibu xsempat tapi ibu first time mengandung kekadang masa free tu ibu dok layan perut je, dok bersembang dgn dhiya.hahaha...

   Tentang raya mana tahun ni ibu tak citer lagikan...Kita raya kat IPOH...Alhamdulillah semuanya ok.Nantilah ibu coret pasal raya kita kat IPOH.


Oklah time rehat, ibu nak p makan nasi..nasi ibu dah beli pagi tadi lagi, sebab tengahari cuaca panas ibu dah malas nak turun beli nasi...bukan apa tak larat tambahan lak maa ibu berpinar-pinar kena cuaca panas..nanti ibu pening..hehe..

Ok lah bye2..ibu nak p makan lu..


Salam sayang
Ibu Dhiya