Ahad, 18 Ogos 2013

PART 2 : SAMBUT RAYA AIDILFITRI 1434 H

Assalamualaikum
Jum bersambung entry berikut. Masa kita sampai umah kat umah embah idok dah sibuk masak. Embah anang pun sibuk buang sampah, masak ketupat dan buat lain-lain kerja.Embah idok, dengan embah yati serta bibik ayang buat masak-masak rending daging, kuah laksa dan masak lauk pauk nak buat berbuka.

8.8.13 Khamis, adalah hari yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia. Raya...yea...bangun awal-awal mandi siap-siap pakai baju raya pergi sembahyang raya kat masjid. Tapi ibu xpergi L....bukan apa dah la pagi ni Dhiya bangun tido mengamuk serba serbi tak kena.Ntah angin apa yang melanda Dhiya pagi raya. Pagi tu embah idok, wak nurul ibu dan Dhiya je tak pergi sembahyang kat masjid..tapi kat rumah pun sibuk gak..buat persiapan untuk tetamu, sebab lepas solat raya kaum2 bapak beramai-ramai akan buat kunjungan dari rumah ke rumah..pada yg menjemput la..tapi tahun ni xsemeriah cam tahun lepas...tak banyak rumah yg buat tahun ni..tapi rumah embah Alhamdulillah tradisi ni masih ada..embah akan buat tiap-tiap tahun..rugi kata embah idok..makin lama makin hilang la...

Raya ke 2 kita balik Kelantan, raya umah tok ma lak...makcik dan pakcik sepupu-sepupu sebelah P.Mas pun nak jugak jumpa Dhiya. Cuti masing-masing dah la semput. Macam maklang, kalo Dhiya tak balik raya haji nanti la jumpa...ayah teh dan anak-anaknya Dhiya tak jumpa pun lagi...tapi tak apa raya haji nanti kita raya P.Mas..tapi raya haji biasa la sibuk dengan nak sembelih lembu, dh la cuti tengah-tengah hari selasa lak tu.xpe2 kita raya je.sebab raya haji ok la walaupun tak meriah tapi ada gak kunjung mengujung dan akan dihidangkan nasi+daging..hehe..tunggu giliran raya tahun depan P.Mas bersama adik..Insyaallah.

Pe2 jum layan gambar-gambar raya..yang baju tak seragam tu raya pertama, memang tiap-tiap tahun raya pertama baju bebas, raya ke 2 baru akan pakai sama “calour”...huhu..sebab raya kedua kita sumua akan bersalam-salaman..Raya pertama memamg tak sempat..kaum2 bapak p beraya..dulu bersambung pas zohor dan sambung asar..tahun ni sampai waktu zohor dah xde sambung2 dah...




















nak tengok gambar klik je kat gambar


Salam Sayang 
Ibu Dhiya 1434H