Ahad, 23 Disember 2012

Makanan oh makanan

Hahaha..
Sekarang sibuk orang dok buat crepe durian, kebetulan durian ada kat rumah ibu pe lagi, cakap dgn ayah yang ibu nk buat crepe ayah ok je...jumaat tu ibu buat la crepe durian, resepi ibu search kat internet, pe susah..hehehe ni la gambar crepe durian ibu..


 Yang bawah ni plak, Dhiya tido ibu dgn ayah main-main masak...jum tgk makanan kami "dinner" hehe



dan yang ni adalah lempeng sardin..hehe..ayah yg gorengkan lempeng tu, tolong ibu sbb ibu xpandai..hehe

Dhiya suka berkawan


Assalamualaikum wbt..

Jum mencatat kat blog jap...hehe.Semalam 22.12.12 Ayah. Ibu dan Dhiya balik Kg ada kenduri untuk anak ayah teh.Anak kedua ayah teh, mana Ahmad Asyraf A’imullah.Kenduri hari sabtu, dan kita balik hari sabtu sampai kg pukul 11.45 pg. Kita bukan balik lenggang tangan koson, kita balik ada gak la bawak makanan sikit, dah la balik lewat tangan kosong lak segan la ibu dan ayah.

                Malam tu ibu masak agar-agar cendol, Alhamdulillah jadi la walaupun bukan makan chef @ orang yang lama masak, at least ibu ada gak nak mencuba kan, walaupun sebelum ni ibu xpenah buat agar-agar.Dhiya tau x, iu kekadang terasa hati dengan ayah, ayah bukan nak puji, ibu bukan nak ayah puji tapi jangan la ayah bandingkan masakan ibu dengan family belah ayah..Dorang mmg terror bab masak.Ada ke patut ayah bandingkan dengan embah idok buat. Sentap ibu dgn ayah, tp ibu nijenis pendam biarkan je la..

                Bukan agar-agar cendol je tau ibu masak,  otw ayah singgah belikan buat tembikai..ibu juga create kek...hehe.Sayang whipping cream ada, dari rosak gitu aje baik ibu buat sesuatu dengan whipping cream..Search punya search dapat la idea ibu...ibu buat kek..hahahaha..nk gelak pun ada.Malam tu ibbu pun men”deco”kan kek..haha.Silap ibu la, ibu p putar krim tu masa tengah keras.patutnya tunggu krim tu cair ckit.Pe2 pun gasaklah...malas ibu nak pk..

                Sampai kat kg, Alhamdulillah semua yang hbs..kek yang ibu “deco” makcik n pakcik dhiya xpuas makan.Sebab ibu buat krim kurang manis+kurang lemak dan ada banyak buah peach dan juga kiwi.hehe..xsia-sia ibu buat.Harapan ibu, semoga pas ni jd yang terbaik dari ni..ayah..malas ibu pk..lantak la..ayahkan suka kondem ibu, bukan nk bg semangat.Ibu xsama cm family ayah yang pandai bab memasak ni.Sebab tu ibu malas nak masak, sbb ayah suka kondem bkn bg semangat.kenduri semalam ada la dessert..hehe

                Ala...gambar itu terlupa nak snap..ermm, xpe la tgk gambar adik ngn sepupu2 adik dan kwn2 adik la...yang xde dalam gambar abg haikal, kakak balqis dan arif..dorang balik awal lagi..Ibu nak balik, tp tok ma ckp dh nak balik ker...ibu pun buat lambat-lambat la balik..hehe..

                Hari kamis ni kita balik Kajang untuk last, sbb pas ni kita akan balik ipoh je..





nak amik makanan jiran sebelah


Ibu rindukan adik setiap masa



  




      

Rabu, 19 Disember 2012

Gelagat Dhiya


Assalamualaikum...
Allahuakbar..

Pejam celik pejam celik dah genap 1 tahun anak ayah dan ibu...cepatnya masa berlalu..macam2 gelagat anak ibu.hehe..Tapi ayah dan ibu bersyukur sangat sebab Dhiya Firas Qistina anak yang baik dan cerdik.Sejak dari lahir sampai genap 1 tahun Dhiya tidak pernah menyusahkan ayah dan ibu, dan kami tidak pernah merungut dengan sikap kerenah anak ayah dan ibu Dhiya firas Qistina yang comel.

Dhiya, kekadang bila anak ayah dan ibu tido aal, kami rindu untuk bermain dengan Dhiya.Terasa sunyi je kalo anak ayah dan ibu tido awal. Pernah satu hari tu, pukul 7pm dhiya tido, tinggal ibu sorang2..Ibu cuba kejutkan Dhiya, tapi Dhiya marah-marah sebab nak tido.Ibu masuk Dhiya dalam buai, ayah balik tengok Dhiya tido, ayah kejut, pun sama xberubah.masih tido.Pukul 9 ibu kejut agi..Dhiya mengamuk sebab kami ganggu Dhiya tido.Cian anak ibu.Ibu dah risau2 kenapa Dhiya tido lena sangat, mcm orang kepenatan.

Dhiya, anak ayah dan ibu, kami seronok tengok Dhiya, membesar dengan sihat.16.12.12 Dhiya dibawa ke klinik ibu dan anak untuk suntikan 1 tahun.Alhadulillah suntikan itu tidak membuatkan Dhiya Firas Qistina anak yang baik ni menanggis.malah selepas itu boleh tersenyum lagi kat ayah yang sedang menunggu diluar bilik rawatan.Hehe..good girl syg ibu ni..

Jum layan gambar anak ibu...

Dhiya sedang bermain selepas balik dari umah cik pah

Ayah suapkan dhiya aiskrim balik keje, sambil tgk kucing dan  dhiya semasa di majlis pertandingan kucing ..

Dhiya tolak basikal dari rumah cik pah sampai la rumah...hehe

Khamis, 13 Disember 2012

Hadiah perkahwinan


Hai
Assalamualaikum

Ntah kenapa dah rasa bosan je nak update status kat FB..huhu.Nak coret-coret kat sini je. Lum tu, ni penat tak hilang lagi, baru balik p Tupperware. Beli bekas mini bowl untuk buat hadiah kawan kawin. Beli 3 set..apa lagi banyak tu 6kotak.Tak apa boleh simpankan...huhuhu.

Frust la jugak sebab tak dapat nak pergi Gua Musang, kenduri kawin Zarina dan Nizam. Rasa terkilan la jugak sebab masa kenduri ibu Mc Na datang..nak buat macam manakan sudah ditakdirkan tak ada rezeki ibu nak pergi kenduri.Hari sabtu ni kitorang ada pertandingan bowling anjuran Tabung Haji untuk penyewa-penyewa bangunan dorg. So ibu pun join la...kat pejabat ni yang join   Abe Din, Abe Wi dan Mok Ja...hehe.

Ingat nak la pergi kenduri, tapi memang dah tertulis kan...xpe lah nak buat macam mana...esok dah sms en suami ajak en.suami pergi kb.Nak pergi RPH dan mintak sapa2 yang pergi tolong sampaikan hadiah yang comel lote ni kat Mc Na.Harap jadi la esok.hehe.

Alhamdulillah ibu pergi beli Tupperware tadi, kalo tidakkk...ujan dah turun.Dah nak banjir ke kita ni...eh..bukan ker Kelantan bulan 10, 11 dan 12 ker banjir.Hari ni dah 13.12.12 la...Semua tu Allah dah tentukan.Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Allahuakbar.Mungkin selepas ini la kot.

Berbalik pada hadiah, ibu tak tahu nak bagi hadah apa kat kawan kawen, so ibu rasa la baik ibu beli Tupperware biar la mini bowl pun yang pasti niat ibu nak bagi hadiah sempena orang kawen.Mahal murah ibu tak malu nak bagi yang pasti nawaitu tu..Pas ni sapa2 kawan ibu @ ayah yang nak kawen ibu nak bagi mini bowl ni lah..banyak ibu beli ni...hehe.Bukan apa nak beli yang mahal sangat ibu xmampu la sayang...yang ni je ibu termampu.

ni lah gambar mini bowl..


Ibu dah siap wrapping hadiah ni, kad pun ibu dah siapkan...ibu buat kad sendiri je...ibukan suka buat kad sendiri..tak cantik pada pandangan orang lain tak apa, yang penting kepuasan ibu.bila dapat buat sendiri ibu puas hati sangat2..lalala..

Huhu..oklah nak g solat dah..tatatata...titit.tututu..

Rabu, 12 Disember 2012

My Hubby tersayang


Assalamualaikum
Hai

                     Asyik tulis anak je, suami xde pun kan...ahaks..

                Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab aku dikurniakan seorang suami, sahabat suka duka, dan seorang ayah kepada anakku Dhiya Firas Qistina.En Mohd Firdaus Bin Haironi adalah ketua keluargaku..Suamiku ni seorang yang rajin, rajin dalam semua segi termasuklah dalam mengemas rumah, memasak dll.Ringan sikit aku..Syukur sesangat..Alhamdulillah...thank you Allah.
               
                Suamiku seorang yang romantik..**mcm mana romatiknya..??**biarlah rahsia..ahaks..ngada2 la ibu dhiya nikan..??Tiada lelaki lain yang lebih hensem dimata dan dihatiku melainkan suamiku yang tercinta..Kekadang aku saje je buat2 puji lelaki lain hensem biasanya  aaroz aziz la..lalala..tapi hensem aaron aziz tak sama dengan hensem suami.Suamiku lagi hensem..
               
                “Eleh, puji laki sdr, laki ko gemuk?”Mesti ada yang cakap cengitukan...Hey, korang sesedap mulut kutuk laki aku kenapa?? gemuk2 suami aku pun kami tak pernah menyusahkan korangkan...?? Biarlah apa orang nak cakap sekali pun, tapi dimataku dan dihatiku Suami tetap No.1. Paras rupa bukan segala-galanya bagi aku.Kekadang suami sendiri pun ada cakap mesti orang akan cakap “laki dia gemuk, dia cantik, xsesuai langsung”...Pedulikan orang kata, nak puaskan hati semua orang xdapat la..Allah dah buat yang terbaik, Allah dh tentukan jodoh kita.dan tidak sedikit pun terdetik dihati ni “cantiknya aku ni, xsesuai dgn suamiku” tidakkk..tidakkk sama sekali sbb bg aku, sesorang yang cantik tu mesti cantik dari semua segi bukan sekadar paras rupa.Bukan luaran je tapi dalaman tu yang lagi penting.
               
                Apa yang ibu merepek ni, ntah la saje bosan-bosan dan tengah rindukan ayah dan Dhiya.hehe.Alhamdulillah aku ada sebuah keluarga yang lengkap, suami +isteri+ anak dan insyaallah doa-doakan semoga kami diberi rezeki anak lagi selepas ini.Insya Allah.

Dhiya, ibu dan ayah

P/S; Ayah, kalo baca jangan kecik hati tau, sebab ibu sayang ayah sangat2..ibu bertuah sebab aku dijodohkan dengan ayah. I love you ayah..
            Maafkan ibu jika ada tersilap 
Ampunkan ibu jika ada tersalah
Ibu mohon keredhaan dari suami ibu
Halalkan makan minum ibu
love u forever
sayang Dhiya  jugaa..

Merepek


Assalmualaikum..
Hai
Rajin conteng blog..hari-hari ada je benda yang dipos...hahaha..Sebenarnya malas tapi blog nikan tempat aku luahkan suka, duka,macam-macam lagilah..kalo menyampah baca blog aku kenapa baca..aku tak suruh pun kan...hehe..**kasarnya bahasakan??**.

            Ni time rehat, semua orang dah keluar.Ke mana tak tahu la...lantak dorang la nak p mana pun.Janji dorang xkacau aku.hehe. Aku dah kenyang Alhamdulillah sebab bawak bekal.Masa untuk puteri terchinta sekali la bawak, jimat ongkos, jimat tenaga turun naik tangga, jimat semuanya la kalo ada perkataan MALAS..uitsss sape la rajin naik turun tangga chekk oii..Bekal dpt lak isi perut aku untuk pagi dan petang walaupun tak sesedap orang lain, tapi apa yang anak aku makan itulah aku makan.

            Ni aku tak macam mana aku nak buat lagi, aku rasa dah bosan yang teramat keje kat sini, ni tempat sekarang ni, ni la tempat la ni...tak tahu la...mungkin persekitaran ke??sebab sini memang xde boss yang tetap ke?kakitangan kak sini yang ....xtahu nk cakap, masing2 dgn perangai masing2 termasuklah aku..hehe.Dorang sume ni ok je..xde mendatangkan masalah pada aku pun.
..
            Aku tengah pening sebab nak kena buat failing balik..sume nombor2 fail kena ubah.Memang kalo tengok dan baca senangkan but nak men”create”kan sesuatu supaya menjadi tu yang payah.Bukan apa sebab bukan untuk aku sorang tapi untuk satu pejabat..Wallah, nak bgtau ko org penting ker??ahaks..xde la tapi disebabkan aku ni yang handle fail2 sume.So aku nk “create”kan fail2 ni supaya mudah, cepat dan tepat kalo ada sape2 cari, xgitu kome..

            Bila buat sikit aku dah pening2 lalat, pe lagi aku hilangkan stress dgn bolg la..ubah benda tu ubah benda ni...jd apa pun aku tak tahu..lalala.

            Ok la, aku nak p solat lu, jap lagi nak sambung buat kerja2 yang tergendala gara-gara pening kepala tgk nomnor..huhu **i don’t like number**why not la pening..huhu..poyos....

OK tata titu

Sayang Mohd Firdaus Bin Haironi
Sayang Dhiya Firas Qistina bt Mohd Firdaus.

Selasa, 11 Disember 2012

Dhiya semalam dan hari ini



Menu Dhiya hari ni ialah sarapan pagi Makaroni goring, tengahari sup bening lobak merah, nasi putih dan ayam goreng.hehe. Saje je masak macaroni untuk Dhiya buat sarapan. Ala makaroni masak simple sangat-sangat.
Resepi makaroni yang ibu masak untuk anak ibu
-          Bawang putih
-          Bawang Merah
-          Sedikit kiub knorr (perisa ayam)
-          Makaroni (ibu rebus bg lembut pastu tos..) hehe..


nilah makaroni goreng Dhiya..hehe

Sementara ibu bersiap-siap nak pergi kerja, ayah suapkan sikit makaroni tu, adik makan dengan berselera. Pastu adik buat2 baring sebab adik tau yang adik aka n dihantar ke rumah cik pah. Ibu dan ayah keje la sayang, xmau la adik xnak p umah cik pah..syg anak  ibu.
            Semalam lak, ibu p ambil adik dengan basikal, sebab kemarin adik tak nak balik naik kereta. So ibu pun balik rumah hantar kete, tolak basikal adik.Adik pun tak sabar nak balik sebab nak tolak basikal, yang best adik tolak basikal, dan lalu depan rumah cik ani, ramai kengkawan panggil adik.Adik pun terpacak kat situ, nk bertegur dgn kawan2.ibu paksa adik balik.Sampai kat junction adik nmpk lg ramai budak kat hujung sana, adik xnak balik, nk pergi tempat dorang, last ibu dukung adik.hehe.Ibu penat syg, kita balik rehat ekk.
            Petangnya dalam kol 6.15 ibu bawak adik pusing2 kat rumah cik ayu, sbb adik bosan so ayah suggest ibu bawak adik pusing2. Ibu bukan xnak pusing2 dik, tetapi ibu baru balik keje, kkdg ibu nak rehat..dan yang penting ibu malas nak jumpa cik piza.Sbb cik piza ni astro kat taman situ.Sume cite dia ada.Yang xbest dia suka bercerita apasal keluarga suaminya.Tu yang ibu bosan  nak dgr, bkn yg baik2 yang xbaik dia cite.
            Ayah sampai rumah pukul  7.45 mlm, pas solat maghrib kita sekeluarga keluar makan.Ayah belanja sempena besday adik semalam.Semalam xkeluar sebab ayah nak tgk bola Malaysia vs Thailand.hehe.ibu bkn malas masak tau, tp ayah yg mmg nk belanja..huhu
 

p/s: Ibu nak adik tau yang ibu dan ayah sayang sangat kat adik...



Dhiya dan makanan


          Dhiya diperkenalkan dengan makanan pejal diusia 6 bulan.Ibu dan ayah bg, tapi masa Dhiya under cik pah  ibu tak pasti..hehe.Pagi2 ibu bangun seawal pagi pukul 5.00 pagi dan kekadang pukul 5.30 pagi dan ada juga 6.00 pagi untuk sediakan makan Dhiya. Hantar umah pengasuh, xkan masak juga???Ok!! tu mungkin sesetengah orang la kan...pada dia mungkin anaknya akan makan apa yang ada kat rumah pengasuh.Tapi tidak pada ibu.Ibu nak yang terbaik untuk anak ibu, so biarlah ibu berkorban waktu tidur ibu untuk anak kesayangan ibu. Mana x berkorban sayang, kkdg pukul 5pagi, alangkah bestnya la hai kalo tido, baru nak peluk ayah, jam dh bunyi..kena bgn.hehe.

            Pagi2 ibu  akan masak bubur nasi +kurma+ikan bilis+buah kismis dan kkdg bubur nasi+carrot+bayam+kentang dan macam-macam lagi yang agak terbaik untuk anak ibu. Tukar-tukar menu.Sampai satu tahap ibu blurr...nak masak apa untuk anak ibu. Makanan kegemaran anak ibu buat masa ni ialah nasi +sup ayam, n pe2 lah janji sup..hehe.

            Sup ayam, Sup ikan merah, ikan merah goreng, sup sawi berkicap ibu masak untuk Dhiya.last2 ibu buntu apa lagi yang anak ibu boleh makan.So pagi ni, ibu masak sup telur untuk anak ibu..harapan ibu semoga anak ibu makan la sup telur tu ya. hehe.Ada juga yang ibu xmasak, tapi ayah belikan nasi @ kuih untuk anak ayah dan ibu makan bila kat umah cik pah.Tidak mengharapkan Dhiya makan kat rumah cikpah je.Iya la..ibu tau anak ibu ni kuat makan, so ibu kena la pandai2..Oppss..ibu juga ada bekalkan Dhiya dengan biskut tiger dan kekadang biskut marie dan ada juga kek pe ntah.Dhiya suka kek tu..hehe.

            Ibu xnak la..nnt ada bunyi2 kat belakang, hantar anak aje, dah tau anak ni jenis suka makan, xde pun bekal untuk anak”..kolot ke ibu  pk cm tu syg”.sebelum org bunyi baik ibu jd org yang kolotkan..he.Manusia xsama kan syg.Ibu nak anak ibu dpt rasa makanan dari air tangan ibu walaupun jarang2..xde la mentang2 la dua2 keje sampai xsempat nak masak untuk anak..tidakkk...ibu akan masak untuk anak ibu walaupun simple macam mana pun selagi kudrat 4kerat ni larat.
Ibu nak anak ibu jadi sihat, cerdik, bijak dan sebagainya.Ibu masak denga penuh kasih sayang, tidak sedikit pun ibu mencemuh.Harap2 anak ibu makan dengan kenyang dan berselera..

Sebelum makan jangan lupa baca doa makan iya sayang.
Ibu sayang ayah dan ibu juga syg Dhiya...

Ayah dan Dhiya adalah nafas ibu.

Isnin, 10 Disember 2012

Sembelit


Pernah tak korang sembelit..sesapa yang pernah sembelit akan tau macam mana sakitnya sembelit.Terutama ibu-ibu yang mengandung dan selepas bersalin.Bapak- bapak tau tak?? Pasti tak tahukan keadaan ibu mengandung.Bukan setakat bawa budak je, tapi masa nk “membuang” pun jd masalah gak tau.

Mengapakah saya sering sembelit ketika hamil?

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Apakah yang boleh saya lakukan mengenainya?
Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu:

·         Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman.
·         Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.
·         Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.
·         Bersenam! Berjalanberenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.

Jika anda mengambil suplemen pranatal yang mengandungi zat besi, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh 
didapati di pasaran tanpa
mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil.

Adakah sembelit semasa hamil boleh menjadi masalah yang serius?
Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika ia berlarutan, maklumkanlah kepada doktor anda.

Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan 
buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.
nak tau lebih lanjut bolehlah
KLIK DISINI dan SINI

Saje tulis-tulis



            Semalam aku tak tahu kenapa rasa malas menebal dalam diri.Mungkin cuaca yang panas membuatkan aku malas, jadi letih dan rasa mengantuk terus kepala jadi pusing-pusing.Dah lama kepala ni jadi pening-pening lalat. Bila ditahap bosan ni aku pun tak tahu nak buat apa, semua yang aku buat tidak kena.Last-last aku buka blog...edit blog  untuk 9.12.12 kan genap Dhiya Firas Qistina 1 tahun.

                Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga, Allah panjangkan usia kami anak beranak, genap sudah Dhiya Firas Qistina 1 tahun.Allahuakbar, cptnya masa berlalukan, pantas sgt.Hadiah besday Dhiya untuk kami adalah gigi..hehe..Dhiya tumbuh gigi pertama hari  jumaat, dalam pukul 5.40 lebih kurang la...tumbuh gigi 2 hari sebelum besday girl.Hari yang sama Dhiya melihat dunia, hari jumaat hari segala hari, iaitu penghulu hari.

                Terima kasih pada yang wish besday Dhiya, InsyaAllah doa kalian harap2 dimakbulkan supaya Dhiya menjadi anak yang solehah, baik, dan doa kalian yang baik2 tu..hehe..

                Oklah, dh dah xde apa yang coret-coret kat sini, sampai disini dululah...nak p Melaka blog orang lain jap...ibu Dhiya kan suka membac.Kalo boleh semua blog nak dibuka..hehe.Tp tidak pada yang tak elok la..exp: blog lucah ker..ehh ada ker blog lucah...mesti ada kan, berjuta2 orang yang lebig berblog..Ibu Dhiya buka blog saje2 je...sebagai Diary hidup..Iya la kkdg, semua orang sibuk, xde masa nk melayan kerenah kita nak bercerita, nak berkongsi apa..so kat sinilah ibu Dhiya akan bercerita.Sapa2 nak baca baca la..xkisah pun, ..huhu..
Ok la...tataa....

Ahad, 9 Disember 2012

Coretan Ibu Dhiya: Persiapan untuk hari lahir Dhiya 9.12.12

Coretan Ibu Dhiya: Persiapan untuk hari lahir Dhiya 9.12.12: Allahuakbar.. Subhanallah.. Alhamdulillah..      Pejam celik pejam celik dah genap 1 tahun Dhiya..Terharunya ibu dan ayah.. ...

Bersama GCP Gold Jewellery

     Kali ini aku nak bercerita pasal emas.Aku puas fikir punya fikir, last dapat la aku cari tempat beli emas yang orang melayu punya syarikat. Syarikat GCP Gold Jewellery. Setelah aku usha semuanya dan aku tertarik dengan  GCP Gold Jewellery...

     Aku pun buat lah pembelian dengan  GCP Gold Jewellery...aku beli Dinar, emas 1kg, Silver...Aku berdaftar dengan  GCP Gold Jewellery..bukan pe untuk kegunaan diri sendiri dan masa depan yang tak tahu lagi macam mana kan...

    Oleh yang demikian, (ceh wah ayat...lalala) aku pun nekad untuk simpan dinar dan dirham...mengikut Abu Bakar Ibn Abi Maryam  bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

aku pun join la dengan GCP Gold Jewellery tapi bukan secara full time, sebab niat aku hanya untuk beli emas murah je..nak tau keterangan lanjut pasal GCP Gold Jewellery klik disini

Sekian dulu entry pasal emas.tak ada apa yang na tulis pun..hehe..

Persiapan untuk hari lahir Dhiya 9.12.12


Allahuakbar..
Subhanallah..
Alhamdulillah..

     Pejam celik pejam celik dah genap 1 tahun Dhiya..Terharunya ibu dan ayah..

     Sayang anak ayah dan ibu. Maafkan ibu sayang sebab ayah dan ibu sambut Besday adik bukan dengan majlis besar-besaran.Harap anak ibu faham.Adik masih kecil bagi ayah dan ibu, walaupun adik terasa adik dah besar.Adik belum pandai nak potong kek, nak bermain dengan kawan-kawan.Kang seronok kalo buat majlis bila adik dah besar, dah pandai segala-galanya.Hati ibu dan ayah pun seronok.

     Tapi bukan ayah dan ibu xsambut besday Dhiya, kami sambut cuma bukan besar-besaran cam ibu cakap tadi la...kami sediakan "goodies" untuk kawan-kawan pejabat ayah dan ibu, serta jiran tetangga.Cara tu je yang kami boleh buat, janji kita sekeluarga hepi kan sayang.

     Doa ayah dan ibu untuk anak ibu ni. esok dah besar jdlah orang yang berguna pada agama,keluarga, bangsa dan negara.Jadilah kakak yang terbaik buat adik-adik.Kami selalu mendoakan yang terbaik buat anak ibu yang tersayang.Andaikata umur ibu tak panjang, Ibu nak sangat anak ibu jadi anak yang solehah.Ibu tiada harta untuk anak ibu, tapi ibu mengharapkan doa dari anak ibu yang sangat comel ni untuk ibu buat bekalan.

     Dhiya, ni ibu sertakan gambar-gambar persiapan "goodies" yang ibu dan ayah bagi kat kawan-kawan pejabat.Ibu dan ayah buat sendiri a-z tau sayang..ini aje yang termampu ibudan ayah sediakan untuk Dhiya Firas Qistina..
inilah "goodies" ibu dan ayah sediakan sempena Dhiya 1Thn..

ank yang cerdik dan bijak

Perkembangan Anak ibu

Assalamualaikum..
Harap sihat hendaknya

Maha suci Allah yang berkehendakkan sesuatu itu terjadi...KUN FAYAKUN..Dhiya dah tumbuh gigi sebatang, soronoknya ibu dan ayah.
Petang jumaat, 7.12.12, Dhiya tgh lepak dgn ayah sambil minum susu Dutch Lady Strawberi.Ibu tengah siapkan crepe durian dalam dapur.Ya la femes crepe durian skrg ni, ibu pun nk lak buat jugak..xmau lepas peluang..huhu..Alhamdulillah jadi crepe durian ibu..nntlah gambar ibu masukkan..hehe.
Tetiba ayah panggil ibu, tergesa2 ibu keluar ingatkan ada apa..rupanya ayah nampak gigi dhiya dah tumbuh belah atas.Syukur alhamdulillah.
Dengan rasa gembiranya ibu tengok dhiya dh makin membesar.hehe..
Petang tu jugak dhiya bermain basikal dengan ayah, dhiya tak mau naik, tapi nak tolak basikal tu.gambar tu nnt ibu masukkan untuk dhiya tengok bila dhiya dah besar nanti..pas tu ibu bawa dhiya pusing2 taman.Dhiya tolak basikal...xletih anak ibu..hehe


Khamis, 6 Disember 2012

Sambungan Bulan Nov..part 2

Assalamualaikum..
Bersambung kembali yea...

Pagi keesokan harinya kami bertolak ke Ayer Keroh.Disana kami p melawat Zoo Melaka, pusing2 dalam zoo.Ada binatang yang Dhiya tgk dan ada yang tak..Dhiya kepenatan meragam la ckit. Nak didukung, xnak duduk dalam stroller...anak ibu, nape dera ibu sayang...Lebih Kurang 1jam 30 minit kami kat dalam zoo, kami pun beredar p makan tengahari.Tempat makan  tak tahu kat mana.hehe.. Pas makan kami pun bertolak balik hotel Hang Tuah City Hotel.Bilik ok, patutan la dengan harga.Ptg tu kami keluar ke Menara Taming Sari, ayah sakit kaki sempat lal "mengurut"kaki kat menara taming sari.

Kami bermalam di hotel,pagi2 kami dah bertolak balik...Dh selesai pergembaraan kami ke Melaka rombongan Pejabat ayah.

Disertakan gambar yang tak seberapa..hehehe