Rabu, 31 Disember 2014

KRONOLOGI BANJIR 24122014 PART 2

Sekarang jam 1.45am...anak-anak ibu tido dengan lena,masing-masing dibuai mimpi indah.Bertemankan dekuran ayah...ngeee...jum sambung kisah kita...

Satu persatu gambar yang sempàt ayah rakam ibu slide...rumahku...tempat kami bermain,tempat tido,rumahku segala2nya berada di dalam rumah tu...suka duka pahit manis...hilang sekelip mata...tapi Alhamdulillah rumah masih ada...tetapi selepas ini tidak seperti dulu...berubah...smua berubah...

5.30pm
Ayah ibu tiada arah tuju nak...kami masing-masing menahan sebak didada...menahan dari gugurnya air mata ini.Ayah tanya pendapat ibu...sistem ibu tak sampai ke otak...akhirnya ibu tiada pilihan lain selain ajak ayah balik Ipoh.Ayah keluar dan akan cuba dapatkan kereta 4x4 untuk kami,sebab kebanyakkan jalan naik air.


7.30pm
Ayah balik dengan hampa,ayah tak noleh dapatkan kereta untuk kita.Disaat macam  ni,semua perlukan 4x4,triton dan adik beradiknya...

Keputusannya ayah akan cuba lagi sekali esok...ok..kalau tak ada kami pasrah.Malam tu ayah temankan kita, sebab tiada orang lelaki selain ayah..dalam keadaan tiada letrik,tiada air,dan tiada talian telefon.

Kita tiada lilin,acik suzi keluar belikan makanan dan cari lilin tapai dah habis,semua kedai yang terdekat sudah kehabisan lilin.Acik suzi cuba dapatkan dengan kakaknya dala  perumahan yang sama.Alhamdulillah dapat la 3 batang lilin kongsi-kongsi..

9.30pm
Auntie Ida balik dari kampung,tengahari suami auntie datang ambil bawak balik kampung sebab ada kenduri tahlil.Mlm tu auntie Ida terpaksa balik sebab air naik atas jalan,nanti esom dah taka dapat keluar.Tetapi suami auntie balik semula ke kampung.Sebelum balik,suami auntie Ida dapatkan lampu suluh untuk kita semua.


26.12.2014
8.00 am
Air tangki sudah habis,kami terpaksa cari alternatif..auntie Ida keluarkan periuk untuk kita tadah air,hujan turun tanpa henti..kita tadah air hujan untuk diisi dalam bekas bilik air,yang tu la nak basuh kencing berak anak2...nak buat wuduk.Bermacam  bekas kami guna untuk tadah air.1 baldi je yang ada..lain2 guna macam2....

Maklumat yang sampai menyatakan air makin naik di Tanag Merah,terputus hubungan terus.Acik suzi yang nak balik K.Krai tengok family pun xlepas.Habis kita macammana???

12.00pm
Ayah dah pergi Tanah Merah,nak tengok keadaan rumah dan akan cuba sekali lagi dapatka  kereta yang tinggi untuk kita balik Ipoh.Tinggal kite2 je kat rumah,kemudian kita pergi mandi rumah acik suzi.Sebab rumahnya air tangki msih belum digunakan lagi.

7.00pm
Ayah balik dengan dukacita...tak apalah ayah nekad apa-apa pun nak balik Ipoh guna WRY.Ayah cakap kena tunggu sehari dua lagi sebab air makin naik...sedihnya..

Tido pun lena tak lena ibu memikirka  apa akan terjadi esok..ibu teringatkan tok ma...apa la nasib orang kat kampung...tok ma,mak long dan lain2...kita terputus hubungan,tak tahu berita..dah la semua yang keluar balik rumah cakap makanan kat stesen minyak dah habis,minyak pun habis.smpai da yg merayu2 kat kaunter. 

Alhamdulillah anak-anak ibu  bagai memahami kesusahan kita,anak2 tak meragam.Makan apa yang ada minum apa yang terhidang.

27.12.2014 (SABTU)
7.00am
Acik ni,akak cik suzi datang rumah bagitau cik suzi yang jalan dah boleh dilalui dan dia akan balik k.krai.Ayah dah keluar rumah pagi tu...

10.00am
Ayah balik,terus ibu maklumkan yang jalan dah ok,air dah surut,ayah minta ibu kemas barang2...dan hati tu jugak kita balik Ipoh..perjalanan yang sangat lame  nak smp Ipoh.

Situasi semas nak balik Ipoh ibu akan coretkan lagi di part 3..

Nanti bersambung di part 3...

Selasa, 30 Disember 2014

KRONOLOGI BANJIR 24122014 PART 1

Ya Allah,Ya Tuhanku...kuatkanlah semangat aku dan suami utk menepuhi dugaanMU ini....kami hambaMU yg lemah..tetapkanlah hati kami beriman kpdMU..kami redha dgn ujian ini...lapangkanlah dada kami utk menerima qada dan qadar dr Mu...aminnn...

Assalamualaikum
N3 ini dicoret ketika ibu ayah kakak dan adik di Ipoh,btemankan airmata kesedihan dan kesyukuran.Bermulanya pengalaman yang takkan terpadam dalam memori ini.Trauma...ya..ibu ayah trauma sangat.Demi ank-ank kami jd kuat.

24.12.2014(RABU)
8.00 AM       
Hantar Darees macam biasa,dpt maklumat dari kakpah air sungai kelantan 2km dr perrumahan kita makin banyak..Terus ke sungai tengok...ya mmg banyak dan sangat laju,mengerikan tgk kelajuan air sungai

10.00AM          
kat pejabat tiada letrik..xsedap hati..yg mana jauh bos suruh balik takut xboleh balik...air makin naik..Bos minta ibu telefon pemandu pejabat...sebab bos nk keluar.Cik awi smp..so ibu keluar dgn bos,tengok air kat pej perhutanan telah penuh dan tenggelamkan kereta serta bumbung parking, bos suruh pergi amik dhiya terus bawak balik pejabat.Sebelum balik pejabat ajak cik awi pergi kedai runcit beggar beli pampers anak2,susu dan roti serta biskut.kami bshopping brg kperluan ank2..Ibu hanya fikir anak2 ibu...macam-macam kemungkinan boleh berlaku.
Mak telefon tanya khabar sebab pd hari tersebut kita sekeluarga sepatutnya balik Ipoh,kita ada buat kenduri doa selamat dan sambut birthday kakak abg upi anang dan ayah udin...sabtu lak kita akn ke zoo taiping...tp perancangan Allah adalah yg terbaik...pg tu ibu dpt berita jln grik tanah runtuh,jalan tak boleh lalu..Subhanallah...

12.00 pm
Hujan lebat tanpa henti pada hari tersebut...mengerikan bila teringat detik-detik tersebut.Terus balik dengan izin bos.Kebanyakkan pejabat tutup pada hari tersebut...bagi ruang kepada pekerja balik rumah.Bank pun pada hari itu terus offline.Ibu terus ajak Dhiya balik rumah....
Sebelum ambil adik Darees,kami ke tepi sungai...Subhanallah air dah masuk tapak projek...lajunya.
Terus balik ambil Darees dan  balik rumah..Ya Allah letrik tak ada...kat pejabat td sebelum balik ada...tengok air longkang ...sikit je lagi nak penuh.masuk rumah letak barang-barang,keluar sembang dengan jiran tanya pasal air..sambil tunggu ayah balik.makin lama main tinggi air longkang.Hati resah gulana.Orang berpusu-pusu keluar nak tengok air sungai.


12.30pm
Ceritakan pasal air longkang...ayah termenung...masuk rumah tiada sepatah kata...tiada idea..lost..minta ayah keluar tengok air kat sungai....ayah pergi..dekat rumah ibu tidokan anak2 kesayangan ibu smbil kepala memikir apa akan terjadi...dan tenangkan hati supaya terima saja apa kemungkinan.

Ayah balik...cakap air makin dekat...kami kelam kabut kemas,buat persiapan  mane rasa yang patut.Alhamdulillah anak2 ibu ayah tido dengan lena sekali.Pertama sekali ayah keluarkan  kereta Hijau ibu ke tanah tinggi dekat kedai kasut you.Dari sana ayah jaln kaki balik rumah dengan hujan renyai-renyai.Tak pernah lagi ayah atau i u jalan  kaki keluar daari taman..jauh jugak...tapi pada hari itu ayah tak terpikir pun  jauh berjalan..(ya ke...lupe nk tanya ayah....)


4.30pm 
Tengok air longkang makin banyak...dah melimpah ruah dari longkang.Ayah masih diam membisu...masukkan beg pakaian,bakul susu,makanan dan dll dalam kereta,barulah ayah cakap kita ke Jeli....nak blk Ipoh xde jln..so kita ke rumah kawan pejabat ayah.Jiran mundar mandir kat jalan, cik ani berenti dpn umah cakap semua diarah berpindah ke sekolah sktm 2...kami hanya mengangguk.

5.30pm
Anak-anak masing-masing dah bangun...kami tengok air makin laju naik...air longkang yang jernih tadi dah bertukar warna menjadi keruh...air sungai dah sampai...ya air sungai....Ya Allah kuatkanlah hatiku....tanpa buang masa kami terus kunci pagar dan pecut kereta ke Jeli.Semasa nak keluar taman,kami terpaksa redah air yang dah melimpah.Ayah redah demi anak-anak.Sampai luar taman,kami tengok deretan  kedai depan tu air sudah penuh.Tanpa menoleh ke belakang ayah pandu kereta terus je Jeli.

7.30pm
Ibu hubungi cik ayu tanya keadaan dia sbb dalam pantang..dorang berada di sktm2...Ya Allah keciannya,tp apakan daya kita,kita pun penumpang umah auntie ida.Semasa bercakap dgn cik ayu,ibu bertanyakan keadaan rumah...sedih diwaktu ini air dah masuk rumah.hiba sangat apabila dengar air dah masuk rumah..

25.12.2014 (KHAMIS)
3.00 AM
Ibu terjaga dari tido ttiba rasa panas...tengok gelap gelita,kipas tak fungsi...letrik tak ada...auntie ida bangun cari lampu...malam tu tido berlampukan lampu suluh kat ruang tamu.Ayah tido kat pejabat.Alhamdulillah hujan lebat anak -anak ibu tido lena tak rasa panas cuaca.

10.00am
Tunggu ayah tak muncul-muncul,ibu dah risau mana ayah..nak telefon tiada liputan.Semua talian maxis,celcom,digi,umobile,dll tak berfungsi..Ya Allah beratnya dugaanMU...tapi ibu cuba fikir positif..

4.00PM
Alhamdulillah akhirnya ayah memunculkan diri...ayah masuk rumah...ayah cakap ayah dari Tanah Merah tengok rumah...ayah bagi perumpamaan kalau kereta kemalangan total lost...ya rumah kita total lost...ibu terdiam kaku..tak dapat hadam....bila tengok gambar ayah tunjuk.Semua perasaan ada...ibu mampu ucap Subhanallah...besar dugaanMU.

SAMBUNG PART 2....

Rabu, 12 Februari 2014

Anniversary ke 3 BOB & YUS

Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin..


Assalamualaikum
Subhanallah
Alhamdulillah

Cepatnya masa berlalu....Alhamdulillah Syukur pada Ilahi ikatan perkahwinan ibu dengan ayah genap 3 tahun. Terima kasih Allah, sebab kurniakan kami suami isteri yang penyayang,memahami, susah senang kami harungi bersama. Semoga ianya berkekalan sampai bila-bila.

5.2.2014, Rabu..morning-morning ayah dulu wish “hepi anniversary kat ibu” Ya Allah terharu sangat sebab ayah ingat tarikh tu. Kekadang orang laki ni lupa tarikh-tarikh macam tu, tapi tak pada ayah.Ayah walaupun seorang ayah yang tegas, garang tapi sangat romantik. Ayah akan ingat tarikh-tarikh penting..hehe no ic ibu dan kakak ayah ingat cuma teragak-agak je...hehe.


Tahun ni tiada hadiah yang lebih istimewa melainkan menunggu kelahiran anak ke 2.Tu la hadiah paling berharga dari hadiah sebelum-sebelum ni ...klik la sini nak tengok hadiah sebelum ni..hihi.Malam tu kita celebrate dengan pizza hut dan ayah belikan ibu kek secret recipe...ayah tak makan kek, tapi ayah suprisekan ibu dengan kek.Tapikan kakak yang mendahului ibu...ibu dan ayah tak kisah sebab kakak adalah pengarang jantung, pengikat kasih sayang ibu dan ayah.



Semoga ikatan perkahwinan kita suami isteri till jannah...ibu sayang ayah sangat.Terima kasih ayah atas segala-galanya.


SALAM SAYANG UTK AYAH DAN ANAK2 IBU