Memaparkan catatan dengan label Dhiya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dhiya. Papar semua catatan

Khamis, 3 Oktober 2013

Tercapai Impian

Alhamdulillah
Allahu akbar

  Setelah sekian lama akhirnya impian ibu terlaksana jugak...kini dengan bangganya ibu nak bagitau yang ibu dah ada insuran nyawa...bukan untuk ibu sorang je tau, anak ibu Dhiya pun ada gak...Alhamdulillah syukur padaMu YA Allah atas rezeki yang Kau limpahkan...Ayah je belum lagi, ntah la..kekadang ayah ni kalo ibu cakap ayah hanya mengiakan je...kesudahannya cam tu gak..bila ibu bunyi lagi emm mula la ayah cakap dah ada orang pesan macam tu...aikk,,,yg ibu bebel lum2 ni xde lak ayah cakap..bila orang lain elok2 je dengar...Malas ibu nak pikir ehh...yang penting ibu dan kakak dah ada...
     Up date pasal insuran ni akan datang..hehehe..

TATATA


Selasa, 1 Oktober 2013

Dhiya Cerai Susu Badan

Dhiya dah berjaya...Alhamdulillah...Berjaya apa ya???Berjaya cerai susu badan.Tanggal 14 September 2013, Sabtu, Dhiya bangun cakap dengan ibu nak nenen...ibu kuatkan semangat berlari ke dapur dan dapatkan biji tunjuk langit...pahit oo benda alah ni..nak xnak ibu kena kuatkan semangat ibu.
Bila Dhiya nenen, tetiba nenen xcedap katanya...terus tak nak sampai ke petang, malam..bila ayah tanya jwpan dhiya nenen ibu xcedap..Hari demi hari jawapan yang sama kalo ibu atau ayah tanya...kekadang ibu yang tak sampai hati dan ibu yang akan rasa sedih,,rasa macam “loss”...iya la setahun 9 bulan dhiya nenen, tetiba langsung tak..Ya Allah, kuatkan lah hati hambaMU yang lemah ni.
Alhamdulillah akhirnya Dhiya berjaya,tapi sekarang susu Friso kena beli stok  lebih dari biasa...hehe..Tido malam lak, kena pasang upin ipin sambil minum susu, pas tu dah ngantukkan dhiya mintak ibu tepuk-tepuk terus lena sampai pagi.

Dhiya anak yang baik, semoga dhiya membesar dengan baik ...ibu dan ayah sayangkan dhiya..Dhiya permata hati pertama ibu dan ayah...Dhiyalah segala-galanya bagi kami..

sayang kamooo... 

Isnin, 11 Mac 2013

Dhiya 15 Bulan


Ya Allah,, peliharalah Dhiya Firas Qistina dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah Dhiya Firas Qistina sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya & baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin..

Assalamualaikum 
Allahuakhbar


Dah lama ibu xmencurahkan segala-galanya kat sini.Termasuklah perkembangan terkini anak ibu Dhiya Firas Qistina. Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi kami kebahagian walaupun kami kekangan masa bersama puteri sulung kami. Alhamdulillah, Dhiya membesar dgn sihat, dan seorang budak yang cerdik.Insya Allah, walaupun sesibuk mana pun, anak-anak kami tidak akan diabaikan.Anak adalah rezeki dan permata hati kami. Gembira yang tak terkata apabila dapat melihat dan merasai kecerdikan anak yang berusia 1thn 3 bulan (15 bulan).

            Dhiya anak yang cerdik, Dhiya adalah anugerah Allah kepada kami yang tidak ternilai harga dgn wang ringgit.Semakin hari semakin banyak akalnya.Yang terkini, Dhiya dah pandai nak pakai jam tangan dan , cermin mata..ermm berebut dgn ayah. Nak pakai cermin mata ayah dan pakai jam ibu.Hehe.Alhamdulillah tercapai hasrat Dhiya, dapat la jam tangan dan spek..( errkk spek xsmpt smp umah dah patah)

            8 Mac 2013- Adalah hari paling gembira di awal tahun 2013 sebab, ayah dan ibu xkeje dan juga xbalik Ipoh. Duduk umah, kemas umah dan rehat2 kami ber3 je.Seronokkan...perkara yang paling seronok ialah bersama anak beranak je. Boleh buat apa suka ati kita je..xyah pikirkan perasaan orang..hehe.Pagi keluar sarapan, ehh..ibu xmasak ker, pe la ibu xmasak...uitss bukan ibu malas masak, tapi ayah sayangkan ibu, so hari minggu pe salahnya makan kat luar anak beranak...”poyo la ibu, mkn luar selalu je pun...hahahaha..mau kena kutuk ngan ayah, ayah kkdg “silent stalker” ibunya blog.Yang best, adik tolong kemas umah, tolong ayah basuh kereta, last2 adik buat hal adik je, mandi kolam...pe lagi kihkihkih..1 jam adik berendam dalam kolam, ayah dan ibu basuh simen lantai dpn tu..huhuhu..mmg ibu saje bagi adik mandi kolam, kalo x penat ibu nk kejar adik main atas jalan...bahaya lorhh..Malam tu adik kepenatan adik tido dgn lena skali.Tersentuh hati bila tatap wajah adik masa tido.Doakan semoga kami jd ibu bapa yang terbaik buat anak kami..Insyaallah.

            9 Mac 2013 – pagi adik dan ayah keluar beli sarapan naik motor..ha...tercapai hajat adik nak naik motor dari semalam lagikan...hehe..Pas sarapan kita keluar, tempat pertama kita tuju ialah tukar rantai adik yang putus semalam masa sdg bermain dgn ayah.2 xputus, sambung last2 ayah ckp tukar je, tred in yg ni amik yg lain, tambah duit..Alhamdulillah, ada rezeki lebih dik, kalo x sambung je rantai tu,,hihihi..pas dpt ramtai baru, kita ke KB Mall, ayah shopping barang ayah..pe dia..shuuppp..adalah...hahahaha..yg pasti seluar kerja, dan cap..lalalala..Pas tu kite cr baju ibu.Dah jumpe sume tu kita terus ke TESCO shopping barang dapur lak.Masa shopping, adik lena, pnt sgt. Lena atas troli...mmg ayah cari troli yang tempat baby tu..hehe..Pas shopping kita balik umah tok ma. Lepak2 umah tok ma, makan2...dalam kol 10.05 kita balik Tanah Merah. Adik tido, penat bermain..hehe.

Seronok sgt adik dah besar,
-        dah boleh buat2 tido siap dengkur2 lagi..krooo..krokk..tp mata mandang ibu...gelak..
-        adik dah pandai buat2 menangis...hehe...gelak
-        minum air buat2 sedawa...

                                                             huhu...jum layan gambar2 dibawah..















Kete hijau xbasuh sekali ker dik...




                         

salam sayang

Ibu Dhiya

Khamis, 13 September 2012

Assalamualaikum

Dhiya banyak yang telah ibu dan ayah pelajari untuk menjadi ibubapa yang cemerlang dalam mendidik anak2 .Ada masa lapang je ibu akan jumpa pakcik google nak cari maklumat.hehe..Dhiya pertama kali boleh meniarap umur 3bulan lebih...pas tu dhiya 5 bulan lbh pandai ke belakang..mngundur..sampai la dhiya 8 bulan dah pandai merangkak dan belajar untuk berdiri.Seronok ibu tgk..yang best mesti dhiya akan tunjukkan kat ibu..Terima kasih syg...ibu dan ayah sayang Dhiya..skrg dh masuk 9 bulan..hehe




gambar kenangan Dhiya

Sekian terima kasih