Khamis, 2 April 2015

BANJIR 2014 PART 3

Assalamualaikum

Ibu nak sambung pasal banjir, memang ambil masa yang agak lama, sebab banyak perkara penting yang terpaksa ibu selesaikan dulu. Insyaallah ibu akan sambung cerita kita hadapi banjir besar yang melanda Kelantan 2014.

Perjalanan kita dari Kelantan ke Terengganu, dari Terengganu teruskan perjalanan, sambil ayah bawa kereta sambil bertanyakan jalan-jalan yang boleh kita lalui untuk ke Kuala Lumpur. Dalam kepala ayah dan ibu hanya Kuala Lumpur tempat kita akan tuju selepas keluar dari Terengganu, sebab Terengganu adalah kawasan banjir jugak.Ayah call uncle Alif, dan ayah bob. Uncle Alif dorang family dah lepas balik KL, ayah tanya jalan, uncle Alif siap WhatasAPP. Di belakang ibu sibuk dok berhubung dengan pak teh dan pak chu. Dorang bimbang keadaan keluarga di kampong sebab langsung tak boleh berhubung.

Bila ibu bagitahu jalan mana yang kita akan lalui, dorang pun balik dari KL..Allah Maha Mengetahui, bila tiba di Maran, Highway kita terpaksa patah balik ke Gambang sebab air sudah memenuhi jalan highway...dugaan lagi untuk kita, terus ibu sms pakchu, pak chu dah sampai Temerloh, jalan ok katanya. Ibu bagitahu yang kita terkandas kat Gambang sebab Maran dah tak boleh lalu, kereta terpaksa patah balik, sama ada tido di hotel Gambang atau RNR Maran. Kita sampai di RNR,orang ramai, terlalu ramai yang terkandas.Ayah hilang punca, anak-anak Alhamdulillah tak meragam.Adik susu ibu ada, kakak lak terpaksa bancuh susu dengan air mineral.Tapi kakak ok je.Ayah call ayah bob, kat Ipoh semua dah risaukan kita.Keluarga di Pasir Mas langsung tak dapat berhubung.

Masa tu dah pukul 10.00 malam, ayah berenti di stesen minyak KM 26 Jalan Gambang, ayah bertanyakan pekerja stesen minyak mana-mana ada hotel bajet. Ayah dapat makluman dekat area situ taiada hotel bajet, semuanya mahal, rasa tak berbaloi kita nak tido satu malam.Esok pas subuh kita dah nak gerak balik Ipoh dan akan melalui Muadzam Shah.Ibu Call pakchu dan pak teh, akhirnya dorang pun terkandas di Temerloh.Kita anak beranak tido bertilamkan kerusi kereta dan Alhamdulillah anak-anak tido lena dalam kereta dan ibu Alhamdulillah jugak ibu bawa selimut dan toto serta bantal untuk anak-anak ibu.

28.12.2014 (Ahad)
6.00 pagi

            Dapat panggilan dari ayah bob dan ayah Udin bertanyakan kita di mana, 30 minit selepas itu, dorang sampai, ayah dan ibu sebak tapi kami berpura-puramacam tiada apa-apa, tapi dalam hati yang Allah saja yang tahu, apabila melihat dorang sampai dari Ipoh.Perjalanan mereka 8jam nak sampai ke Gambang, Pukul 7.00 pagi kita teruskan perjalanan keluar dari stesen minyak tu dan terus menuju ke IPOH.

4.00 petang
Kita sampai di Ipoh dan drama airmata berlangsung...Alhamdulillah sepanjang perjalanan kita anak-anak ibu tak meragam, tak berak tak kencing...mungkin anak-anak ibu faham situasi kita pada masa tu kan...


Seminggu ayah ibu cuti keje sebab pulihkan mental dan fizikal memandangkan rumah kita sangat teruk.Hanya orang yang mengalami sahaja yang akan rasa, tak sama dengan yang memandang. Tapi Alhamdulillah masing-masing faham akan keadaan orag yang alami semua bagi semangat untuk ibu dan ayah...kami fobia kalau hujan lebat dan xde letrik.
Salam sayang
Ibu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN