Isnin, 28 Januari 2013

Part 2 - Percutian kat Kelantan (3 hari 2 malam)


JUM KE PART 2

Pas shopping kat pasar, 3rd kita ke Pantai Cahaya Bulan.Bibik ayang nak p Pantai, hehe.Kita lepak2 kat pantai, pas tu minum dan makan colek seafood.Ibu dah lama xminum air kelapa..ha kali ni Alhamdulillah dapat minum air kelapa bijik lagi..hambik kau...lepak2 jap kat situ, 4rd destinasi kita ialah menjamu selera..jum makan.lalalalala.Seronok ekk ibu dapat makan.Ayah dah booking kat Restoran Syam.Banyak lauk ayah order,yang ibu ingat, ayam masak lemon..ehh..betol ke.???, sup sayur, udang masak pedas, kalian ikan masin, ikan siakap berapa rasa ekk lupa??huhuu..makan time...gambar nanti tengok ekk...ciplak dari bibik ayangnya facebook..lalala..ibu xdan amik gambar.hehe

5th destinasi ke Pasar Wakaf Che Yeh..sememangnya kalo datang Kelantan, semua yang kita pergi tu memang wajib bagi pelawat yang mai Kelantan, tak pergi memang akan rasa rug padahal ibu yang memang asal sini pun xtau apa yang rugi tu..huhuhu.Kat Wakaf Che Yeh tak lama sebab tergendala disebabkan oleh permainan mula2 kita nk masuk dalam.Abang upi apa lagi rambang mata la...ayah dan embah idok jalan depan pun xperasaan so xde bagi signal kat kita yang belakang ni suruh lalu ikut jalan lain.Apa lagi mengamuk la abang upi.Dah beli mainan tapi sebab banyak, abang upi pun xtau nak pilih yang mana,,kalo boleh nak duduk lelama kat situ..mane leh sayang, banyak lagi plan ni...tapi apa kan daya sebab rambang mata + mengantuk abang upi mengamuk so embah idok dapat la beli baju batik embah lanang je,pas tu kita semua balik..tu sebab Dhiya kurang berminat dengan mainan yang ada, Cuma belon je Dhiya mengamuk nak..embah pun belikan..terima kasih embah idok.Harap2 la anak ibu x diajar nak sesuatu sampai mgamuk2 kat situ..Kita balik rumah..

25.1.2013 JUMAAT
Pagi tu sarapan kat rumah je, pas tu keluar p pasar tanah merah.balik dari pasar kita balik rumah Tok Ma Pasir Mas, ayah cakap nk solat jumaat kat Pasir Mas,Kita bertolak ke Pasir Mas. Kat rumah tok ma kita makan tengahari. Lebih kurang jam 3.30petang kita ke Rantau Panjang.Jum p Rantau Panjang. Tok ma ikut sekali.Kat Rantau panjang, embah dan wak shopping toto dan pemangang ajaib...ok la ibu tengo avon 2cm RM99.90, kat RP 3cm 95.00..
Pas shopping kat Rantau Panjang, so kita pn balik Tanah Merah.Wak beli KFC dan ayah beli nasi goreng, balik rumah makan.Pukul 1 pagi masing2 dah dibuai mimpi..


JUM LAYAN GAMBAR












Ditulis untuk kenang-kenangan pada masa akan datang.

Salam sayang dari
Ibu Dhiya